Pages

Saturday, July 20, 2013

Tiada siapa yang mahu itu terjadi...

Sehari dua ni heboh pasal kes budak yang meninggal sebab emaknya terlupa anaknya tido dalam kereta. Sejujurnye, sebagai ibu dan guru hati aku tersentuh sangat dengan kisah tu. Rasa sakit sangat hati bila aku tengok makin sakan orang yang share cerita tu dalam fb. Betul, memang kisah tu selayaknya dijadikan pengajaran buat kita semua yang ada anak kecik. Bukan mak bapak jer. Tapi semua dalam keluarga. Dalam kes ni, ramai sangat yang menunding jari pada si ibunya. Hancur luluh hati si ibu belum terubat. Air mata belum pun kering dah di dendangkan dengan macam-macam cemuhan. 

Hanya seorang ibu yang tau sedihnya hati bila kehilangan anak yang dikandung selama sembilan bulan. Disusui selama dua tahun. Atau mungkin lebih. Berjaga malam bersengkang mata bila anak syurganya demam.

Kecuaian bukan disengajakan.

Lupa bukan suatu yang diinginkan.

Siapa kita untuk menghukum si ibu. Entah apa pulak ujian Allah pada kita dikemudian hari. Entah kita redha atau sebaliknya. Entah mampukah kita menanggu segala kata-kata manusia lain pada kita. 

Nauzubillah.

Minta Allah jauhkan aku dari ujian begitu. Sebab aku sangat-sangat lemah. 

Membaca kisah orang pun boleh gugur air mata. Berulang kali gugur air mata.


Al-Fatihah untuk anak syurga itu. Tempatmu semestinya di sana...
Friday, July 12, 2013

Vaccinations - Yay or Nay?

Apa pandangan korang pasal vaksin untuk kanak-kanak atau baby? Sejujurnya aku memang confuse sejak beberapa bulan ni. Tambahan pulak lepas baca beberapa cerita pasal ibu-ibu yang refuse to vaccinate their childrens. Malah, ada kumpulan untuk itu. Tapi aku tak berapa pasti punca utamanya. Yang aku tau, bantahan tu disebabkan oleh ingredients, kesan dan hukum terhadap vaksin. Sampai satu ketika terdetik jugak dalam hati, entah-entah betul agaknya macam yang diorang ni cakapkan. Mungkin vaksin ni membahayakan dan tak sesuai untuk orang Islam.

Pada pendapat aku sendiri. (This is my personal opinion). Aku memang akui, kurang ilmu dalam bidang perubatan ni. Tapi aku yakin semua ibu-ibu memang nak kan yang terbaik untuk anak masing-masing. Bagi aku, mana yang aku rasakan sesuai dan dibenarkan syarak, aku ikut. Contohnya pengambilan makanan Sunnah. Aku memang bersetuju sangat. Contohnya kalau Najla batuk, aku lebih prefer bagi dia madu + air suam dari ubat batuk dulu. Why 'dulu'? Sebab macam aku katakan tadi lah. Aku takde pengetahuan mengenai perubatan. Kalau dah sampai berminggu-minggu Najla still batuk tak baik-baik, rasanya adalah sangat logik kalau aku serahkan pada doktor untuk diagnose apa sebenarnya masalah dia. Instead of biarkan dia terus batuk semata-mata taknak bagi makan ubat hospital. Sebagai contoh masa Najla demam minggu lepas. Aku sebenarnya memang teragak-agak nak bawak Najla pegi klinik. Masa tu dalam kepala dok pikir nak cuba bagi dia minum air kelapa dulu untuk turunkan suhu panas dia. Sebab aku ingat dia demam nak tumbuh gigi (here). Sampai satu tahap Mr. Husby call kawan dia mintak pendapat and luckily, kami buat keputusan yang betul dengan membawa Najla ke klinik. Sungguh aku tak sangka demam dia disebabkan tonsil rupanya. Alhamdulillah, she recovered.

Berbalik pada kisah makanan Sunnah tadi. Alhamdulillah buat masa ni madu + air suam adalah remedi terbaik untuk batuk bagi Najla :) It works! Minyak kelapa dara pun aku bagi dia. Kalau nak bagi dia direct macam tu jer memang takkan berjaya. Kena campur dengan susu dulu. Itu pun, kadang-kadang dia buat muka peliks.

Bagi aku, tahap kesihatan budak-budak tak sama. Ada yang antibodinya kuat. Ada yang sebaliknya. Janganlah sebab nak ikut orang yang anaknya sentiasa cergas dan sihat, kita abaikan keperluan badan anak kita. Macam Najla, badan memang petite. Halus jer... Kadang-kadang aku sampai tertanya sendiri. Apa lagi nak bagi dia makan supaya badan dia berisi. Sebab ter'compare' dengan anak orang lain yang badannya 'sedap'. Tapi bila tersedar dan disedarkan oleh orang-orang sekeliling, aku tau. Mungkin faktor genetik. Sebab ibu dia pun macam tu. Makanlah banyak mana pun. Tetap macam tu jugak. Blame the metabolisme :p Apa yang penting, dia sihat jauh dari sakit. Nauzubillah. Tak nyenyak tido emak-emak kalau anaknya sakit.

Berbalik pasal vaksin tadi, lepas baca artikel tentang vaccinations dari blog Dr. Harlina. Written by Dr. Zahilah Filza. Read the article here. Baru terungkai segala persoalan. Walaupun Najla memang telah divaksinkan dari dia baby. *Masa tu belum ada isu ni. Kalau tak, mau runsing jugak aku pikir* Thanks to the both doctors.

Kalau ada yang rasa vaksin tidak perlu atau sebagainya, terpulang. Macam aku cakap tadi, perkara ni subjektif. Semuanya ada pro and cons. Tapi janganlah buat keputusan semata-mata sebab ikut orang. You must have your own points and opinions. Kenapa keputusan itu di buat.

After all, intention kita adalah sama. Semuanya demi anak-anak syurga kita. Buatlah keputusan terbaik. Wallahualam.




Peace! :)


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan datang lagi


Alhamdulillah...
Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk aku bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Bulan penuh kemuliaan. Semoga Allah mengurniakan kita semua keberkatan dan kemuliaan Ramadhan. Moga segala amalan diterima oleh-Nya.

Selamat beramal ibadah dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat.

Harap-harap tahun ni dapat berpuasa penuh macam 2 tahun yang lepas ;p *doa...doa...*




p/s: Entah ape lah masalah dengan blogspot sekarang ni...
Monday, July 8, 2013

Tonsilitis

Hari Selasa lepas, Mr. Husby telefon. Masa tu tengah drive. "Bu, Acik tu cakap Najla demam..."
Aku macam biasalah. Terus tak keruan. Rasa kalau ada gear terbang, memang aku gunakan time tu jugak. Balik-balik tengok dia macam biasa je. Tahap keaktifan dia maksud aku. Tapi yer, badan memang panas. Cuba basahkan kepala dia dengan air asam jawa. Orang dah besar lah katakan. Dah pandai tak nak. Kejap kang diakata sejuk. Kejap kang, masam katanya. Suhu still on off. Bagi makan ubat demam. Satu block boleh dengar dia punya suara tak nak makan ubat.

Esoknya, aku rasa suhu dah kebah sikit. Dah siap boleh request,

"Bu, nak acik mak chicken"  Baik tuan puteri.

"Bu, nak tenynok BabyTV la..". Baik tuan  puteri

Lepas bukak TV, wah...siap boleh berjoget sakan. Suhu pun kurang. Makanya ibu pun terus pegi keje macam biasa. Sebelum tu singgah farmasi beli ubat bon***. Masa hantar dia kat umah BS pun dia tak nangis. So, okeylah. Pegi keje macam biasa. Petang tu call BS Najla nak tanya keadaan dia. BS dia cakap badan dia panas. Acik tu dok jelum dengan air daun nangka. Aku dah mula tak senang duduk. Harap-harap ada orang boleh ganti. Sebab kelas memang penuh hari tu. Najla pun macam merajuk. Tak nak cakap tru phone dengan ibu dia.. :( Tapi BS Najla cakap takpela. Dia main macam biasa. Cuma badan panas.

Petang tu jugak balik dari keje terus bawak Najla pegi klnik. Ubat bon*** pun tak jalan kesannya. Najla jarang demam lebih dari sehari. Aku dah mula risau! Aku suspect maybe dia sakit nak tumbuh gigi geraham sebab dok cakap sakit sambil nganga mulut. Tak pun, demam terkejut sebab jatuh tangga hari tu.

Masa bawak pegi klinik, suhu dia dah sampai 40. Ya Allah... Berderau darah aku. Sekali lagi nurse masukkan ubat bon***. Alhamdulillah, dia takde batuk atau selsema. Masa masuk bilik doc, cite-cite apa yang berlaku... Doc diagnosed Najla ada tonsil dekat tekak dia. No wonder la dia dok nganga mulut cakap sakit-sakit. Yang aku ni dok lah kata dia sakit nak tumbuh gigi :(

Doc cakap memang selagi tak baik / tak surut bengkak pada tekak dia, demam dia akan terus ada. Doc bagi antibiotik dengan ubat demam. Dan pesan jangan makan aiskrim dan air sejuk/ air berais. Baik! *ikut, walaupun a bit confuse. Ada doc yang suruh makan aiskrim untuk surutkan bengkak*

Esoknya pun demam tak surut jugak. Aku dah makin risau. Patern demam dia, petang-petang jer muncul. Pagi suhu okey. Agaknye sebab cuaca panas kot. Najla pulak memang payah nak makan ubat. Kalau kena bagi dos 3ml, aku rasa 1ml pun belum tentu masuk dalam tekak dia. Dia siap protes. Meludah-ludah sambil kita bagi makan ubat. Husby siap call kawan dia tanya camne nak bagi makan ubat biar dia TELAN.

Hari Jumaat masa aku hantar dia, suhu okey lagi. Sebab hantar pagi. Petang tu tanya BS, katanya dah tak demam. Alhamdulillah... Lega dengar. Hari Sabtu, aku sekolah. Ada Kursus Integriti. Terpaksa paksa diri untuk pergi. Husby yang jaga Najla. Katanya, demam dah takde. Syukur sangat!

On that day jugak, aku baru teringat nak tanya sepupu aku yang jadik doc tu. Katanya tonsil kalau berlarutan, setiap bulan demam sebab tonsil dan boleh memudaratka,  doc akan suggest untuk buang. Mintak selisihlah. Aku pun tak sangka macam mana Najla boleh dapat tonsil. Bila tanya apa puncanya, dia cakap banyak faktor. Antibodi tak kuat, environment. Sekarang ni kan tengah jerebu. Jadi senang nak dapat macam-macam sakit. Alhamdulillah, Najla demam tak lama. My cousin cakap tonsil amek masa seminggu untuk baik. Depends. Kalau sebabkan oleh virus mungkin dalam 2-3 minggu.

Alhamdulillah, Najla dah sembuh. Dah mula menyanyi-nanyi balik. Dalam tempoh dia ada tonsil tu aku memang risau. Dia tak nak makan dan minum sangat. Aku paham. Mungkin sakit nak telan. Macam-macam petua aku buat. Jelum air daun bunga raya. Buat air limau  kasturi + madu and latest kawan-kawan ajar tekan langit-langit kita dengan ibu jari tangan dan sapu pada tekak/leher dia. Buat belaka lah orang kata. Tapi kami still jugak continue bagi antibiotik. Biarlah dia ludah sekalipun. Biarlah dia meraung macam kena dera. Jiran-jiran pun dah tau. Najla memang penakut makan ubat.

Yang penting anak aku kembali seperti sedia kala.

Alhamdulillah

Terima kasih Allah





p/s: Lepas ni aku memang kena extra aware. Tak nak pisang berbuah lagi
Tuesday, July 2, 2013

Jatuh tangga

Semalam entah macam mana masa nak turun tangga dari rumah (2nd floor) nak ke parking kereta... Tiba-tiba Najla boleh terjatuh dari tangga. Aku yang masa tu tengah sarat dengan barang kiri kanan tangan macam terkesima. Aku ter'pause' kejap dalam 3 saat sebelum berlari kat Najla. 

Ya Allah... menggigil badan aku time tu. Nak nangis pun ada rasa. Kesiannye anak aku. Jatuh bergolek 5 anak tangga. Nasib baik dia pakai beg galas belakang. Sebab masa dia jatuh, dia terbaring atas beg tu. Kalau tak memang berdentum kepala dia agaknya... *serius nak nangis bila ingat balik* Terima kasih Allah... kerna Kau pelihara anakku... (T__T)

Terus aku angkat dia, peluk dan sapu badan dia. Masa tu memang menangislah Najla. Aku dok check jugak takut kalau ade luka ke calar ke. Kesiannye anak aku. Agaknya dia tersandung kaki sendiri.

Time tu hati dah berbelah bagi. Nak pegi keje ke tak. Dahla ada meeting. Tapi aku memang cakap dalam hati, kalau Najla merengek atau cakap sakit kat mana-mana memang aku amek CRK je semalam. 

Tapi dia nangis kejap je. Masuk kete dah mula melompat-lompat balik. Maybe nangis terkejut agaknya tadi. Sakit pun yer jugak kot. Sampai je umah BS dia terus aku pesan kalau dia ngadu sakit atau muntah... terus call aku. Memang segera aku akan balik. Aku kat sekolah macam cacing kepanasan jugak. Lutut gigil tak hilang sampai ke petang. Tapi dalam hati dok berdoa Najla okey. Tambah pulak BS dia pun tak call. 

Alhamdulillah... sampai petang aku amek BS dia cakap takde pape masalah. In fact sama je macam selalu. Takde gaya orang jatuh pun.

Alhamdulillah... Tapi serius aku trauma lagi. Hari ni memang aku pimpin dia turun naik tangga. Walau pun mek tu selalu eksyen tak nak berpegang tangan. Tapi ibu dia dah sampai tahap tengok tangga pun dah berdebar-debar.


P/s: Kalau duduk rumah teres 2 tingkat mau aku buat pagar atas dengan bawah tangga ni... (-__-")