Pages

Saturday, March 23, 2013

Kedai Makan Upin & Ipin

sebenarnya ini bukan kali pertama bawak Najla datang sini. First time datang adalah sangat menyedihkan. Agaknyanye kedai baru bukak. Customer punya ramai, sampai tak tarkejar pekerja dia. Meja kotor, tak berlap. Lantai penuh sisa makanan. Itu kira cincailah sebab kami faham staff xsempat nak buat semua tu. Tapi yang paling tak boleh blah bila hampir kebanyakan makanan dalam menu habis. Sudahnya kami terus angkat kaki.

Semalam bila husby ajak ke sana lagi, terus teruja lagi sekali. Bukan apa, bila anak gembira ibu pun ikut suka ;)

Kedai Makan Upin & Ipin ni memang betul-betul ikut temalah. Dari dinding sampai ke menu ada kaitan dengan Upin Ipin. Siap pasang cite Upin Ipin lagi. Manalah budak tak tergoda? Marketing strategy pun baik punya. Siap ada satu sudut jualan barangan Upin Ipin lagi. Ha! pepandai koranglah mengayat anak nanti :p

Menu pun boleh tahan.Variety lah jugak. Cuma rasa aku tak pasti. Harga pulak ala-ala macam harga makan kat kopitiam gitu lah. Menu pun lebih kurang macam tu jugak.


Si Teruja

Menu



My choice

Najla's

Other branches

Gaya macam sibuk pilih menu

Padahal... dok menelek gambar 


Nasi Ayam Upin & Ipin.
 Potion yang besar. Rasa pun not bad. Sup, sungguh tak kedekut.

Tak habis pun.  Dah kenyang tengok gambar Upin Ipin.

Mata ke skrin TV manjang

Entrance. Dah terpampang macam-macam barang Upin & Ipin

Mata dok memandang display barangan Upin Ipin di balik cermin

Tetap ke sana matanya...

Tapi kan aku ada sikit rasa tak puas hati jugaklah. Masa nak bayar bil, husby cakap nak belikan Najla something. Tetibe aku teringat kewujudan kad ni




Terus panggil husby. Tapi agak mengecewakan sebab cashier tu cakap kad hanya boleh guna kalau beli barang dekat HQ kat Shah Alam tu jer. Okeylah, boleh accept. Part beli barang tak boleh guna. Sebab aku bukan beli kat HQ dia. Tapi takkan makan kat restoren tak boleh guna jugak kot? Padahal dah terang-terang kot tulis kat website dia ENJOY SPECIAL PRICE AT ALL GENG'S CORNER RESTAURANT AND KEDAI MAKAN UPIN & IPIN.

Tup-tup budak tu cakap kad hanya boleh guna di HQ Upin & Ipin. Eh, kalau macam tu baik takyah buat kad kot.... Dah jadik satu kerja pulak aku nak pegi ke Shah Alam nun semata-mata nak guna kad dia kan....

Haih.

Takple, kad ni kot sesak-sesak nanti boleh ibu guna buat pembaris....

4 comments:

  1. Eh syoknya..ada eh restoren upin ipin nih. next time pi kl kena singgah la. confirm abang pedas tak mau balik lah nanti heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak lis...ade bnyk gak branch dorang ni. haaaa...part tak mau blk tu memang satu cabaran. haha.

      Delete
  2. Kitaorg x pernah gi walaupun selalu makan dekat kedai yang dekat kedai upin ipin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya abg ammar. yang najla plakm kitorang setiap kali lalu jln tu (betul2 tepi jln besar kedai dia)macam2 trick kena bt nak alihkan mata dia dari nampak kedai tu. hihihi

      Delete