Friday, February 3, 2012

diari minggu ini

Selasa 31 januari 2012

dari sekolah dah rasa semacam. tekak loya. rasa nak muntah. yang my friends kat sekolah dah senyum2 tepuk2 tangan. bajet saya pregnant. chait! orang sakit lain lah weyh! balik jer rumah, terus muntah. macam air terjun dia keluar. habis semua isi perut. tapi takde pulak cery bery hari tu. kalau food poisoning biasanya akan terus muntah2 dan cery bery at the same time. rasanya salah makan. tapi tak sure ape puncanya. sama ada bekalan yang saya bawak dah basi atau burung puyuh goreng berempah yang beli kat sekolah yang dah tercemar.

Rabu 1 Februari 2012

cuti hari wilayah. pun sama, muntah lagi. tapi sempat jugak pegi tengok my friend's dotter yang admitted kat hospital ampang. sendiri, tak jugak pegi klinik (T___T) *apesal tah bendul sangat. macam lah tak boleh pegi sendiri. nak jugak tunggu ayah najla yang dah tentu2 balik lambat pegi window shopping barang kete sampai klinik pun dah tutup. silly me!*

najla pulak buat hal. tak nak makan. seharian dia taknak makan nasi. ibu dia ni mulalah kaget. puas pujuk2 tak nak jugak. rasa nak hangin satu badan. petang, bagi goreng pisang je dia nak. risau. malam, rasa jugak perut dia kembung. mujur tak meragam menangis ke ape.

Khamis 2 Februari 2012
hari ni baru start cery bery. najla pun masih tak nak makan. pegi klinik, ya Ampun... orang ramai giler kat klinik chung tu. dah sama level macam pegi klinik kerajaan rasanya. pikir punya pikir, terus start enjin kete. tak jadilah pegi klinik. balik sekolah nanti baru pegi.

cakap pada bs najla yang najla tak nak makan. she said maybe dia nak ringankan badan nak jalan kot. tok abah pun cakap camtu. but.... i don't think so :(

Jumaat 3 februari 2012

hari ni pagi2 tadi najla pulak yang cery bery. siap boleh dgr lagi bunyi dia poo2. sampai kena salinlah cadar katil. terus kata "okey, ini tak boleh jadi. we must go to the clinic today!" terus mandikan najla dan bersiap2. dan2 tu jugak pegi klinik. biar kami jadi patient pertama.
tapi geram jer rasa. kat klinik tu tulis bukak pukul 8. kami ni dari pukul 8.30 *nasib baik my friend cakap bukak pukul 8.30. kalau tak, dari pukul 8 kami tunggu* sampai ke pukul 9 baru bukak pintu klinik. doc pegang kunci klinik, doc pulak yang lambat sampai. nasib baik dukung najla. kalau tak, mesti orang ingat aku pun misi kat klinik tu. dah sama2 dok tercongok depan klinik.

seperti yang diharapkan. kami first patient. cerita2 dekat doc, doc cakap bukan food poisoning. maybe infection pada usus. sebab tu muntah2 dulu. lambat baru cery bery. yang kesiannya najla lah. tak pasal2, dia kena tempias jugak. sebab ibu dia yang cery bery, dia pun kena sama. maybe sebab saya bf dia. but doc said its okey. keep bf-ing her.

part yang dia tak nak makan tu pun related jugak. sebab perut dia berangin. sebu dan loya. macam kita yang dewasa jugak. bila perut dan tekak tak sedap, kita pun tak lalu makan.

ibu mintak maaf yer sayang. ibu ingat najla notty tak nak eat ape yang ibu cook :(


doc siap pesan lagi jangan makan makanan pejal. makan bubur jer dulu. balik tadi terus saya masakkan bubur untuk najla. semalam buat jugak bubur. tapi kering. hari ni buat yang berair sket. alhamdulillah... habis dia makan. bubur kosong jer padahal. agaknya, senang nak hadam kot.

jadinya, hari ini ibu dapat mc dari doc. ibu cuti dari pergi work. najla dapat mc dari ibu, najla cuti tak pegi rumah nenek.

hopefully najla okey. doc siap bagi ubat demam lagi in case kalau najla demam. harap2 tak lah. mujur najla act macam biasa. still main2 lompat2, mulut pot pet pot pet. kalau tak, lagi ibu rasa bersalah. esok najla nak ikut nenek pegi jalan. ibu pulak ade kursus. speedy recovery yer sayang! ;)

0 comments:

Post a Comment