Monday, January 9, 2012

rumah impian

semalam petang saja2 saya buat ayat pada husby, "yah jom kita jalan2 carik rumah"

dan cadangan saya pulak disokong :) mula dengan round ke kawasan perumahan dekat bukit belimbing sebab ayah najla nak tunjuk rumah yang kawan dia beli. sampailah ke kajang kami terjah petang tu. bila fikir2 balik, lawak pun ade rasa. macamlah nak beli rumah tu semudah nak beli burger kampung tepi jalan kan.... round2 dulu cari. jumpa jer, terus beli (-____-")

sejujurnya, dah lama terfikirkan pasal ni. umur dah nak masuk 3 series. tapi aset yang satu ni belum pun ade lagi. sampai bila nak menyewa kan? tapi the other side of me pulak, rasa macam berkira2 nak berpindah. bukan ape, sebab dah rasa secure dan comfort dekat tempat tinggal sekarang. segalanya ada. jiran2 yang baik. dah macam ahli keluarga. kalau malam2 rasa lapar, malas nak masak nasi boleh selamba jer ketuk pintu jiran sebelah hulur pinggan nak mintak nasi. esok ganti. :p segala kemudahan depan mata. lrt ade, kedai banyak, hospital dekat dan yang paling penting shopping mall ade 2-3. bukan tu jer. rumah sekarang dah strategik sangat. nak pegi kerja pun dekat. ibaratnya, saya nak pegi kerja belok kanan, husby belok kiri. 15 minit perjalanan dah sampai.

tapi dalam hati tetap juga nakkan rumah sendiri. kami fikir, alang2 nak membeli rumah, kalau boleh biarlah yang atas tanah. ade kawasan nak letak kereta sendiri *tanpa perlu tolak kereta orang bila nak keluar parkir pagi2*, ada tempat untuk saya letak mini pool untuk najla main air di petang hari, ada tanah untuk saya tanam pokok mangga, pokok serai, pokok pandan. nak masak petik jer belakang rumah.

tapi bila fikir secara rasionalnya, mana lagi nak cari rumah/ kawasan yang atas tanah kat kolumpo ni :( *sebab tulah sampai ke kajang kami mencari*. kalau nak cari yang dekat kawasan nilai, bangi dan semenyih memang banyak. tapi macam tak sesuai pulak sebab terlalu jauh untuk my husby yang bekerja di tengah kota kl. and he always said, "nak carik rumah pun kita kena kira balik kos. hari2 drive, duit minyak, duit tol dan masa. takut nanti nak untung jadi rugi... "
makanya, pencarian terhenti.

tapi cuma berhenti dari terus meronda mencari. dalam hati masih lagi ada hati nak beli.

saya selalu terfikir. macam mana nak tau kalau ade launch tentang kawasan perumahan baru? selalu sangat termiss bila ade perumahan yang baru naik. tup2 dah sold out. geram! contohnya, ade 2-3 apartment/ condo yang baru nak dibina/ sedang dalam pembinaan dekat2 dengan kawasan perumahan saya sekarang. tapi kabarnya dah pun habis dijual. hangin je satu badan. bilalah dorang ni jual rumah2 tu. langsung tak dengar cerita.

sekarang ni, memang dah payah nak cari kawasan yang baru develop. rasanya, kalau nak beli rumah terpaksalah cari rumah atas tangan. harganya pun dah tentu double... kami masih mencari. mudah2an adalah rezeki untuk tahun baru ni.

oh yer! please teach me or maybe give me some tips untuk beli rumah (pada yang pernah berurusan dengan agen atau auction etc) dan tips macam mana nak tau kalau ade launching untuk kawasan yang baru nak naik rumah.

thank you :)

tak dapat yang ni

yang ni pun jadilah

tapi kalau dah takde sangat, yang macam ni pun dah syukur alhamdulillah...



images from google

9 comments:

  1. Dilema yang sama. Kitaorg memang tgh house hunting ni. Target taun ni gak nak beli umah. Shah alam pun umah mahal giler tau.

    U boleh register kat website developer. Nanti ader launch umah baru dia email. PKNS, IJM, IOI, SIME DARBY etc.

    Lagi satu dalam paper selalu ada AD kalau diorg launch new project.

    Umah second pun kitaorg survey. Kat mudah, iproperties n suratkhabar.

    Kalau cari umah second. i prefer yang dah complete. Maksud i siap grill, kitchen cabinet, tile etc. So, bila masuk x yah nak pk banyak2 macam beli umah baru.

    ReplyDelete
  2. sama macam saya..mase memula pindah kat raub ni..peluang nak bli rumah banyak gile.tak payah cari..orang datang sua...tp sbb kami kurang cerdik time tu (target nak cari rumah sewa je kan) so seme tu tolak.tiga taun kat raub ni..rumah naik melambung2 rege.dulu rumah org tawar rege 75k dah jadi 160k tau???lepas tu hegeh2 beli tanah.dah beli tanah nak buat rumah pon hegeh2 gak..kami ni penakut dgn komitmen kot.so lau seru tu dah sampai azian, pejam mata sila beli.kalo betul nak prob2 lain tu kita leh atasi.sama la,saya skrg dah masuk comfort zon kat rumah skrg ni...akak ngasuh y bagus,kejiranan bagus,dekat dgn tmpat kerja dgn bandar..huuu..tp sewa tak sama dgn hak sendiri kan??

    ReplyDelete
  3. zatul,
    tu lah..shah alam pun skrg ni boleh thn harga. tp puncak alam mcm okey lagi kot harga dia. rumah pun baru2...btw, thanks for the tips. i memang grm bila selalu jer miss psl new house ni. tup2 dah habis org beli. yg selalu keluar iklan semua jauh :(
    haah kan, klu beli rumah second hand better yg dah complete. at least dah tak pyh pikir psl gate, kitchen cabinet, tiles semua tu....


    sheG,
    itu lah sheG, kami dok tak hbs dok pikir, nanti dulu, nanti dulu. tunggu pny tunggu harga rumah dah melambung naik skrg ni. sampai thp ade org beli rumah utk jual balik. sebab tu skrg ni memang nekad giler. ade jer peluang, nak try grab. kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. ewah! hihi

    ReplyDelete
  4. I like ayat *tanpa perlu tolak kereta orang bila nak keluar parkir pagi2*

    Faeza pun b4 ni dok kat Flat Sri Kota mcm tu jgak. pagi2 dh exercise tolak kete. sakit hati bila ade yg tarik hand break. rasa nak nangis je! huhu. pengalaman tu bukan smua org ade kan azian.

    now dh ok la sbb my mom dh pindah rumah atas tanah.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. faeza,
    tu lah kan...memang bersenam. kdg2 tu, dah lah dari rumah dukung najla tangan dah lenguh. sampai bawah nk kn tolak kete pulak. menggigil rs tangan menolak kete. belum kes klu org luar dtg yg tak tau dorang tarik hand break. stresssss!!!! hihi
    tu lah, rumah atas tanah senang. ade tempat nk letak kete sendiri

    ReplyDelete
  6. salam azian...
    bila dah ada terpikir nak beli rumah, beli je. jangan jadik kak lis, umur nak masuk 40-an pun masih menyewa...entah sampai bila..tgk rega rumah kat pinang ni, hmmm kapla terus jadik pusing! hehehe

    ReplyDelete
  7. azian..ade fb tak??nnti like page Drumah..salu ade rumah2 nak jual.diorang pon leh tny2 lau nak tahu sal rumah2 lelong pe...cuba la tgk...eh??

    ReplyDelete
  8. kak lis,
    tu lah..niat memang ade. tp harga rumah skrg boleh gigil lutut nak bayar bulan2. hihi


    sheG,
    thank you! dah like... :)

    ReplyDelete
  9. kak lis..eh pggil gitu suka2 ati hehehe...akak kat penang ke???rumah y kata taman dkt dgn jambatan kedua tu dah abes ke??ari tu dgr2 ade lagi...rega pon ok2...ke salah pendengaran saya??yela..tp rumah teres la..bawah 100k

    ReplyDelete