Friday, January 6, 2012

cabaran mendidik anak zaman sekarang

semalam kami bercakap tentang attitude pelajar2. sambil2 tu mula lah menyimpang pada perangai anak masing2. saya yang anak masih kecik ni, dok tadah telinga jer mendengar. kalau ade ilmu yang boleh diceduk, naklah jugak diceduk...

semuanya bermula bila kami bercerita tentang sorang pelajar lelaki. sangat nakal! suka kacau kawan2 dia, tak boleh duduk diam. sampai pernah terfikir, "budak ni adhd ke ape?" kemuncak kemarahan bila dia buat perangai suka ambik kasut kawan dia dan sembunyikan. not just shoes. wallet, buku etc2.... tapi bila ditanya sampai bermatian2 dia tak mengaku. sudahnya bila ditunjukkan rakaman cctv baru dia sentap sendiri. yang menjadi topik perbualan kami adalah bila kami called parents dia. soalan pertama yang ayah dia tanya,"cikgu ade bukti ke?" dan statement seterusnya, "anak saya tak nakal. dekat rumah dia baik jer... dengar cakap saya."

yerlah. kalau ayahnya polis berpangkat tinggi, ibunya pulak guru. dan adik beradik lain semuanya top student. sape dalam family nak percaya yang anaknya yang sorang tu macam tu kan?

dan sekali lagi, terkedu si ayah bila cctv ditayangkan.

sebenarnya banyak kes macam ni yang jadi kat sekolah. setiap kali pihak sekolah telefon untuk maklumkan kesalahan disiplin anak2, mesti ibu bapa takkan percaya. sebabnya ; ANAK SAYA BAIK DEKAT RUMAH.

balik rumah saya dok fikirkan perkara tu. jadi serba salah pulak. kadang2 dok fikir, taknak ajar najla makan gula2 atau junk food. sebab saya fikir kalau kita tak ajar, dorang tak kenal dan dorang takkan mintak. tiba2 husby cakap. nak najla jadi macam ayah? kecik2 dulu tak dapat ape yang nak makan. dah besar, baru boleh makan...

sebab dia dulu masa kecik2 tak dibelikan makanan2 ringan agaknya. so, bila dah besar kalau pegi tesco tu dah macam budak2. tempat junk food yang dia terjah dulu. kalau membeli bukan sikit2. skali party pack dia beli (-_____-")

takut jugak kalau anak jadi macam jakun. kat rumah tak boleh makan gula2 (contoh) sekali pegi rumah orang, orang bagi gula2 kemain kemaruk lagi makan sampai tak cukup2. paling kronik, bila dia sendiri tadah tangan pada tuan rumah. nak mintak lagi.

tapi kalau dah mula bagi makan sekali mesti dia nak berkali2 pulak. kalau tak dibagi kang ade pulak yang buat konsert free nanti. siap ade aksi b-boy lagi. buat masa ni, najla memang belum kenal lagi dengan gula2 ke, coklat ke, keropok ke kalau dengan saya. dengan bs dia tak taulah. yang pasti makanan yang masam dan tersalalu manis memang dia reject. sebab pernah bagi dia rasa sumi. dia tak suka.

bukan pasal makanan jer. perilaku anak jugak sebenarnya kita kena observe dari rumah. dekat rumah pijak semut pun tak mati. dekat luar dialah hero dialah wirawati.

payah jugak nak mendidik anak ni rupanya. betul kata pujangga. anak ibarat kain putih. kita ibu bapa yang perlu mencorakkannya. bila anak terlalu dikongkong dan di'set'kan dengan pelbagai peraturan dan undang2 di rumah, mulalah anak mula tunjuk belang di luar rumah. sebab dekat rumah itu tak boleh, ini tak boleh. bila dia keluar rumah, amekaw! dia buat habis2an ape yang tak boleh buat dekat rumah.

saya pernah terfikir tentang satu perkara ni. bertudung untuk anak2. saya kalau boleh nak bagi najla pakai semua yang dia rasa nak pakai. skirt pendek, legging, jeans, blouse, etc2.... sebab takut nanti masa kecik2 tak dapat pakai. dah besar baru dia sibuk nak pakai yang seksa2 semua tu... *eh, tetiba teringat pulak kisah pelajar malaysia yang kat uk tu...* tapi kadang2 saya jadi vice versa pulak. bukan ke kite kena ajar anak dari kecik untuk berbuat perkara yang baik?

eh. tiba2 terkeliru sendiri pulak.

sudahnya, saya fikir balik saya rasa berperaturan tu perlu tapi mungkin perlu jugak ibu bapa berdiplomasi dengan anak2 pada waktu2 tertentu. terpulanglah pada individu macam mana nak mencorakkan kain putih yang suci bersih tu. asalkan tak melanggar hukum agama dan peraturan negara.

tapi kalau ada tips yang berguna, please share with me. share dengan semua. sebab semua orang nak yang terbaik untuk anak2 kan? sape yang tak....

7 comments:

  1. Benda yang sama gak dalam fikiran kitaorg.. :)

    I bagi gak ammar RASA coklat. RASA pedas and etc. AT least dia kenal RASA tersebut. So far coklat memang dia suka. Cuma i JARANG2 bagi. I hantu coklat. So, bila terasa nak makan, i x makan depan Ammar. Begitu gak hubby.

    Cuma i tak nak terlalu strict sangat. nak ikut cara my mom. DIa tak strict..dia bagi kitaorg buat pilihan sendiri dalam banyak aspect. Dia percaya kitaorg (tak dengar cakap2 org sgt)Cuma dia dah tanamkan asas yang kukuh. Agar kitaorg berdikari tapi dalam masa yang sama, sampai sekarang kami adik beradik still boleh baring2 sebelah dia and cerita apa saje. Dulu2, i ponteng sekolah or gi dating pun citer kat dia...heheh

    Cuma yang pasti zaman2 Najla and Ammar esok..x sama macam zaman kita kecik2 dulu. So, maybe kena upgrade skit cara didikaan kita pada anak berbanding dulu2.

    ReplyDelete
  2. panjang entry ni..tapi tetap membaca :)..
    betul la..anak2 di sukar ditafsir..di rumah ok je dia..elok je die..dekat umah BS /nursery kita tak tau peel die..sebab di rumah atau bersama papa mama feeling die lain kan..huhu

    si ibu dan si bapa buntu nak cari kaedah paling berksan dalam mendidik2 anak2./kalau boleh taknak lagsung terkurang mana2 part utk si anak.semuanya nak terbaik..tp kita kan manusia./tak sempurna.habis berusaha, tawakal kepada allah :)

    ReplyDelete
  3. ya..salui dgr org akan kata mase kecik2 ni la bagi pakai apa dia nak dah besar nnti tak de la die pakai dah.tp bila pk2 balik, tak juga.zaman nabi2 apa dulu tak de plak cakap gitu. kalo kita tanam pakai tdg dari kecik dan diberitahu apa kenapa sbgnya pasal tutup aurat apa,masalah besar2 bukak2 tak berlaku rasanya. y jadi masalah bila mak pak tak konsisten pasal pakaian ni.suruh pakai tutup2 tapi tak explain abes2. sgt kagum sorang budak kat umah ngasuh ni..umo setaun pakai tudung baju kurung.skrg dah 4tahun.dari umo 1 1/2 dah hapal surah mudah2.anak saya??hehehe...aktif terlompat2.bukan tak asuh die ngaji apa.tp mgkin sbb kami tak konsisten berbanding parent budak pompuan tu.oh ya,nama die najihah.dkt2 dgn nama najla ka??tp kalo pasal makanan, saya syorkan bagi je makan. ni pengalaman saya...ehh...azian pjg2 ni tak pe ke??

    ReplyDelete
  4. hahaha..tny tak pe ke apa, tp komen gak lagi.ini sy tgk dari kuaga saya juga la.ada la sedara belah2 ni y jenis sgt menitik beratkan pemakanan anak2.bagus tu bagus cuma bila anak dah makin besar nak kawal semua bermasalah. diorang takkan makan makanan y subhah katanya.macam ayam TESCO tu no no la.diorang cuma makan ayam kg. lau ayam ternak mean ayah diorang akan kenal sape tuan y plihara ayam sbgainya. air cuma air masak, dan teh bunga je.minuman lain ilek!!!biskut pelik2 tak de.fast food???jgn katala...bila raya kami angkut la bawak jalan skali.bila sampai rumah org anak2 sdara ni akan makan..hmm..agak glojoh.macam tak pernah jmpa semua bnda tu.sampai muntah2.macam kalo kami beli KFC dan kbetulan diorang ada sama.takkan nak sorok2 kan..bagi la diorang rasa sikit je (tu pun takut2 mak pak diorang marah) kesian tgk budak2 tu tgk je.tak minta tp mata tak lepas tgk kotak kfc tak ganjak2 ke tmpat lain. ptg tu dorang muntah2.dan demam...mak pak diorang mestila tahu..wahhh...kene sound la.skrg dah skolah y sulung.nak makan sgt crewet sbb diorang tak makan bnda y biasa2 org makan.kesian sgt.kesian kat diorang dan mak diorang y kene kerja lebih untuk make sure anak2 dia makan dah la die pon keje.hmm...so bg saya nak bg anak makan tu bagi je azian cuma jgn too much.saya pon bg anak makan eskrim.cuma dgn 'ayat2 cinta' la.sbb anak saya asma.buat pelepas je.dan...bagus bagi anak makan2 tes tu bukan pe,kalo ade alahan bia la berlaku dgn kita.dah berlaku kat skolah tnpa kita...bukan ke lagi teruk nanti??cam kawan die alah coklat.cuma tahu bila dia duk asrama,jauh dari fmli.sblm tak tahu sbb tak makan...so sgt payah.jgn risau,saya tak diajar membiasakan diri minum ais sampai skrg pon tak minum ais.kdg2 ade la minum tp jarang sgt.so word die bukan tak boleh makan..cuma jgn dibiasakan...

    ReplyDelete
  5. zatul, betullah...dulu my mum pun selalu mcm tu. sampai i langsung takde rs nak rahsiakan ape2 dr dia. tp at the same time, kite tau batasan kita. tp zaman anak2 kite ni terlalu canggih kan... macam2 anasir luar ade. kite dulu mn ade internet2 ni. nak bukak komp pun tak reti. takut meletop. eh, tu i. :p
    zaman sekarang ni semua dihujung jari. memang kena alert selalu. camnelah ammar dgn najla dah sek nanti ek?


    fiszah, najla kalau dkt rumah bs dia memang dgr kata. dekat rumah jer ngada. org kata budak2 memang camtu. nk bermanja lah konon. tp itulah, kita cuba yg terbaik. doa dan tawakal sudahnya....


    sheG,
    takpe, pnjng2 pun takpe. awak ade pengalaman. sy or bru ;)
    betul jugakkan... sy plg takut mcm tu. itu tak boleh, ini tak boleh sudahnya kesian pukak dekat anak. plg takut kalau anak macam pelahap kat rumah org. budak2 tetap budak2... kdg2 ape yang org makan tu lah yg dia nak. sy setuju dgn ayat terakhir awak. 'bukan tak boleh makan, jgn dibiasakan'...

    combine dgn ayat zatul. bagi sekadar rasa. biar at least dorang tau rasanya ;)

    ReplyDelete
  6. salam Azian...

    Suka sangat dgn entry yang ni. syabas inspector sahab. hehehe..well, kak lis pun ada the same concern. kadang2 selalu terpikir cemana some parents boleh didik anak depa sopan santun, cakap elok2, dengar cakap...jeleskan! apa depa buat? apa depa bagi anak depa makan? curious...

    kak lis setuju kalau ada pendapat mengatakan pemakanan part of tool yang menentukan peribadi anak2. yes, you are what you eat. kak lis, tak bagi zaheen makan junk food tapi bukan cut off terus...kak lis bagi juga zaheen makan ice cream tapi cikedis tu sumer tak bagi langsung. tapi kak lis sentiasa pastikan kat rumah mak mertua (sbb mil yang jaga zaheen bila kak lis bekerja) sentiasa ada bekalan biskut (kalau rajin kak lis buat biskut sendiri, kalau kurang rajin beli biskut tiger je), keropok ikan...pasal susu lak since i fail my breastfeeding, zaheen minum susu yang baik2 je...but still zaheen macam budak2 normal yang lain...dah pandai nakal, kak tak tunding jari kat sesapa tapi kak anggap tu sumer as part of proses pembesaran je.

    and as for this year, kak lis nak lebih amalkan more tolerance dalam membesarkan zaheen. ye la, kita kena ingat zaman anak kita dgn zaman anak kita, tak sama. zaman kita dulu, apak jegil mata, kita dah mengigil takut. zaman la ni, kita jegil mata kat anak, dia lagi mai dekat nak korek mata kita...hahaha...anyway, keep on posting pasal parenting..i LIKE...

    ReplyDelete
  7. kak lis,
    tu lah semenjak dah jadik mak budak ni mcm2 yg bermain dlm kepala. mula lah nak bandingkan anak org dgn anak sendiri walaupn tak elok sebenanrnya. perkembangan budak lain2 kan... tapi memang nak try our best untuk bg yg plg elok utk anak... skrg pun najla belum pandai jln lagi. dah pandai jalan nanti tak tau lah ape dia buat. psl makan2 sume tu memang ape kite mkn, dia dah pandai nak. tp memang klu bg pun setakat menjamah jer lah... nak bg semua memang idak le. kak lis pandai baked biskut, lagi bgs. boleh le letak ingredients ape yg kite nak...azian tak pandai nak buat biskut. konpem hangit. hihi

    ReplyDelete