Saturday, December 31, 2011

minggu terakhir 2011

Salam Tahun Baru 2012 :)

Subhanallah.... memang tak terkejar rasanya dengan waktu. tup2 dah masuk tahun baru. rasa macam baru jer buat sesuatu perkara alih2 dah bertukar cerita baru. mari kita simpan cerita tahun 2011 kemas2 dalam kenangan. bukak cerita baru tahun 2012 pulak. semoga segalanya dipermudahkan dari Allah. :)

okey, hari ni nak update blog secara pukal. sebab mood nak menaip giler kentang punya malas. kalaulah ade gadget yang kite cakap jer, terus tertaip dalam komputer kan best? eh, ke iphone 4s tu boleh? i bab2 ict ni selalu tertinggal keretapi sket :p

okey, cerita pasal najla dulu... batuk dia tak baik2 pun lagi :(. tiap2 hari sapukan vicks kat belakang dengan dada dia. nak carilah minyak jerslin yang nad guna tu. kat mana ade jual eh? actually najla batuk taklah kerap. tapi bila dia batuk bunyi macam orang tua batuk. macam berkahak. tu yang buat risau dengar tu.... :( saya pun dah try buat technique yang macam jiha buat ni. buat 2x jer baru. pastu terus tak buat dah. kesian sungguh tengok najla menangis kemain. *adoiii!!! memang tak kebal hati betullah kan...* najla kalau dah menangis, habis jiran tetangga semua datang menjenguk (-___-") tapi tak batuk dan muntah pulak dia time buat tu. mungkin tak sampai lama kot. tapi rasa macam nak jugak try buat lagi. this time husby tolong tenteramkan dia. eh, ke tenteramkan ibu dia ;p

makan pun dah makin cerewet sekarang. i'm thinking of buying her scoot emulsion la...what say u? lately ni perangai suka makan dia makin menjadi2. tapi yang tak best yang dia makan tu bukanlah makanan. errrhhhhh!!!! stres. memang tak boleh tinggal. kadang2 meja kerusi semua dia nak gigit. gatal benor gusi dia agaknya. tok abah kata, that's why dia batuk dan lambat baik. sebab suka bawak masuk mulut benda2 yang tak sepatutnya. hari dok jerit. dirty! dirty! dirty!

cerita pasal najla lagi, rambut depan dia saya dah gunting. mula2 memang tak nak gunting. tapi sebabkan dia sekarang dah kereq. tak nak pakai sepit rambut, maka saya terpaksalah gunting jugak sebab rambut dia dah masuk mata. gunting sendirian berhad. masa mandi pulak tu. gunting ke kiri, dia pusing ke kanan, gunting ke kanan, dia pusing belakang terus. so, hasilnya.... paham2lah kan. tobek terus rambut cik mek tu. hahaha. dah jadik macam rambut abu bakar elah :p.

sebelum. rambut depan dah panjang mencucuk mata

shawl from here. i won the lucky draw contest ;)
*eh, motif nak bagitau menang lucky draw?*

selepas. pandang dari sisi nampak okey lagi.
kalau tengok dari depan, mesti najla pun nangis :p


ibu najla punya cerita pulak.

eh, nak jugak cerita kan.... :p okey, this week saya bz menyiapkan hantaran my relative nak kawen. sungguh ku amat merindui zaman kesibukan membuat persiapan kawen. sendiri yang offer diri nak buatkan hantaran dia. siap aku bagi package. buatkan bunga tangan untuk bride dengan flower girl lagi. haha. giler kemaruk! rasa macam nak kawen lagi skali pun ade *dengan ayah najla jugak ler* maklumlah, dulu masa kawen duit tak berapa nak ade (T_T). majlisnya semalam. sayangnya, tak dan nak tengok pengantin pegang bunga tangan tu. masa dia nikah, saya ke sekolah. masa hari dia bersanding najla dah mengamuk nak tido. pengantin pulak datang lewat.

hand bouquet

flower girl punya from gerbera *belum lilit reben*

sireh junjung

gambar hantaran lain, tak ingat nak ambek. dah pi hantar awal2.

last tuesday saya ke jalan tar. park kereta kat stesen lrt dekat dengan rumah, naik tren je ke sana. lepas tu dari masjid jamek terus ambik tren ke ampang park untuk lunch dengan husby. huh! sungguh tak sangka cempedak dah jadi nangka. dah berubah rupanya sistem pengangkutan kat kl ni. blur kejap rasa. siap boleh terpinga2 lagi kat stesen masjid jamek tu. haha. no more ticket2 sekarang okey.semua pakai token. awek2 yang jual ticket kat kaunter dulu pun semua dah takde. token semua kena beli kat mesin. touch screen lagi u! at first ingatkan star lrt jer yang tukar rupanya putra pun sama. kagum kejap rasa. :)

pasal kerja pulak, tahun depan kena jadi form teacher. fine. dan sungguh aku digilakan kuasa dengan jawatan yang pelbagai. fine lagi. *target for apc next year. hahaha.* saya dah sign borang SBPA. tak tau nak kata yeay ke ape pasal sbpa ni. tapi yang pasti saya pilih option bersara di usia 58 tahun. lagi dua tahun tu bagilah i chance nak main dengan anak najla :p

tadi petang lepas balik dari wedding, kitorang terus ke ou. sebab nak cari hadiah tertunda dari ayah sempena birthday najla dan nak carik wedding gift untuk my colleague kat sekolah. kitorang terserempak dengan someone yang pernah saya minat suatu ketika dulu *sekarang pun still minat :p* eceh! *i like his personality actually ;)*

husby cakap, "bu, tu pelakon yang awak minat tu..... pegilah ambek gambar dengan dia"

speechless kejap. gigil pun ade. macamlah nampak pakwe lamakan.... hahaha.

and suddenly i heard the conversation, "..............my wife nak ambek gambar dengan u"
.
.
.
.
.
.

heeeeee

tengok najla.

bu, kita ambek gambar dengan fahrin betul ke tipu ni?

:p








okey, bye.





p/s: btw, fahrin is very sweet. tak sombong pun, walaupun boleh nampak yang dia agak terkejut masa husby tegur dia ;)

p/p/s : yang paling tak boleh blah bila husby cakap dia berlakon dalam ombak rindu (-___-") ader ke...... nasib baik dia tak tanya fahrin. kalau tak, mesti terus kene reject. takmo ambek gamba. haha

11 comments:

  1. waa.. najla bergambo dgn uncle fahrin ya..
    ibu najla, jemput ke blog http://hebatkan.blogspot.com ;)

    ReplyDelete
  2. Alaaa jeles nye i. U bergambo dgn fahrin.. Byk tak aci.. Encem kan? Hahahha...
    Kan? Hati tak kental rasa tgk dia meronta2 cam tu.. Mmg kena buat berdua dgn husband.. Walaupun dia tal muntah, at least takde bunyi3 sgt kan? Try la lagi.. Cekal kan hati.. Sama la mcm aufa.. Lambat baik sbb suma benda masuk mulut..
    Bg scott? Selamat maju jaya.. Sbb bg kat aufa scott terus dia fobia nak makan ubat.. Nampak je picagari tu, terus tutup mulut sbb ingat scott.. Kalu idak before this mkn ubat suh nganga jer.. Telan tanpa byk songel...
    Huih.. Comel je najla walaupun rambut tobek eh..
    Neway, selamat tahun baru awak n famili...

    ReplyDelete
  3. ibu hebat,
    insyaAllah... i will :)


    aisha,
    sangat kan! nerves giler nak ambik gambo dgn dia. lupa kejap tgh dukung anak. hahaha.

    tu lah aisha, memang tak senang hati tgk dia menangis kemain. tp najla mmg ms tido takde bunyi ape pun. cuma dia btuk tu jer yg kesian dgr. nape? aufa taknak mkn scoot ke? aisha bg dia yg original flavor atau oren? najla ni mmg alergik dgn picagari. mkn ubat guna sudu br berjaya. sebab dia ingat kita bg air :p
    happy new year to u n familytoo :)

    ReplyDelete
  4. Tukar kaler nampak..:)

    I bagi ammar mealshake. Masuk dalam susu dia. Tapi lately ni pun selalu batuk and selsema..stress dibuatnyer...huhuhu

    Ooo..makan ubat ngan sudu ek?..nak try. Abang Ammar susah giler nak bagi makan ubat..huhu

    ReplyDelete
  5. taniah...dah berubah header ek...wah.mcm2 cerita penhujung tahun 2011 nie ibu najla...dah pandai najla sekarang...bergambar dgn artis ek.....sure ibu najla tak tido mlmkan....huhuhu

    ReplyDelete
  6. nak minta ko buat gubahan untuk umah aku la ibu najla...rumah aku tak ada seri la..kalu ibu najla perasan..umah uncle nas x da bunga hiasan..minta ibu najla gubahkan bole....hehehe...

    ReplyDelete
  7. zatul,
    hihi. tahun baru warna pun baru :p
    mealshake? brand ape? camne rupenye tu? i pun br plan nak bg najla horlicks. ok ke eh? huhu. haah, i bg dia ubat guna sudu. dia ingat air masak. memula kena suap air msk dulu lah. kena trick skit...hihi


    nasa,
    haah, senyum sampai telinga aku. haha

    skrg kena suruh auntie irnie lah uncle nash bab hias menghias ni..hihi.

    ReplyDelete
  8. Azian.. mealsahke brand shaklee. Tapi mahal skit la. Horlicks tu x manis sgt ke? My biras nagi anak dia scott emusion. Tu pun ok gak.

    Ammar ni bila nampak sudu ke garpu, dia nak pegang sendiri. Ader kang yang tumpah..huhu

    ReplyDelete
  9. memang mealshake tu utk bdk eh? horlicks tu i ingat nak campur dgn susu dia. dia tak manis. jadi manis bila kite campur dgn susu pekat manis tu. i dh belikan najla scott tu. dua2 flavor i beli. dua2 dia taknak. yg putih pekat sesangat n bau. yg oren sebab masam. memang dah agak dah masam dia tanak.

    najla pulak suka gigit sudu. sampai tahap kalau bg guna sudu kena cepat2 tarik dari mulut dia. huhu

    ReplyDelete
  10. azian! sgt jeles sbb I minat fahrin ahmad jgak...kalo husband faeza mesti ckp benda yg sama jgak. najla sgt teruja ok!

    Tapi...lately dh jatuh centa dgn aaron aziz sbb ombak rindu! hehehe

    ReplyDelete
  11. faeza,
    azian pun siap berdebar2 nak amek gambar dgn fahrin. haha. najla memang pantang kalau nampak hensem boy :p
    oh! aaron aziz sangat! satu kapal dgn fahrin... :p
    best ke ombak rindu? tak pernah tgk lg. mcm pernah bc novel dia dulu. tp dah lupa

    ReplyDelete