okey, malas nak kepochi. so, abaikan.... tunggu jelah turn sendiri.
masuk jumpa nurse, nurse cakap bmi najla okey. tinggi pun okey. tapi berat memang cukup2 makan jer. dah nak dekat dengan garisan kuning.
okey, bagi yang tak tau, garisan kuning tu macam ala2 papan tanda yang kata : BERHATI2. ANAK ANDA KURANG BERAT BADAN. (T____T)
mana taknya, dulu masa 6 bulan berat najla 7kg. cantiknya. tapi lepas 6 bulan kemudiannya, berat dia cuma naik tiga ratus lapan puloh gram sahaja. sentap giler ibu dia ni. punyalah macam2 lauk saya masak. rasanya najla makan pun boleh tahan. tapi naik banyak tu jer. nasib baik nurse kata okey. kalau dia sebut jer tak okey, mau aku nangis kot dalam bilik tu. tapi alhamdulillah, najla sihat.
tapi lately ni saya perasan jugak. najla macam dah taknak makan nasi sangat. kata tok abah dia, "alaaa...dia dah kenyang tu agaknya". tak pun, "dia nak ringankan badan tu. nak jalan"
sekarang ni makanan kegemaran dia adalah biskut. kalau tak biskut meri, biskut jejari....
rasanya saya nak kena carik sumber resepi terbaru untuk menawan kembali selera anak dara saya. ewah! pasni nak carik buku resepi baru.
sebelum ni saya gunakan buku kat bawah ni sebagai rujukan. maybe nak kena tukar2 menu pulak.

0 comments:
Post a Comment