Pages

Tuesday, November 30, 2010

tanda-tanda bersalin? belum tiba lagi

boring pulak duduk saje2 kat umah ni. tetibe pikir, tak sabarnya nak tunggu si kecik ni keluar. adalah teman nak bergomol.

usia kandungan bakal mencecah 39 minggu, minggu ni. so far masih belum ada tanda2nya lagi. *betul2 mendengar kate ibu lah anak ibu ni...nak tunggu disember jugak eh? ;) *

mr. husby pulak yang semakin berdebar. pantang lah cakap sakit ape2 sket. mesti akan keluar soalan, "eh, nak bersalin dah ker?" sakit kepala pun dia ingat petanda nak bersalin... (-_-") kadang2 siap pikir jauh. takut jalan jem lah. tak sempat sampai hospital lah. sampai dah plan nak amek cuti awal dari edd. tapi yang sebenarnya memang belum lagi rasa ape2. bb pun still aktif lagi bergerak kat dalam perut ibu dia ni...

tanda2 hampir bersalin.{ sumber }

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan *macam makin berat ade lah* sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan *errmm..mcm belum lagi jer*
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing *yang ni memang kerap sesangat*
  • sakit perut, memulas *belum rasa lagi memulasnya tu*
  • kerap buang air besar *tak lah kerap*
  • kerap terkentut *kerap jugak*

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis *belum lagi*
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital *pun belum*

Sakit belakang *kadang2*

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban *belum lagi*

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan *macammana sebenarnya rs kontraksi tu eh?*


Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

hari khamis ni ada appointment dengan doc. instinct mengatakan mesti doc akan check bukaan kat bawah tu. macam ngeri jer. ada ke acara seluk-menyeluk nanti eh? pheww... tunggu jer la dengan penuh debaran... (-_-")

pagi tadi sempat lagi sembang2 dengan husby, "yang... tah2 kite ni sempat lagi gi majlis engagement kak cik minggu depan kot".

"tak mustahil..." husby kate.

dalam kepala dah macam2 pikir ni. takut terover due lah, takut kena induce lah, takut kena c-sec lah... (T_T) mintak jauh lah yang bukan2 kan. walauapapun, saya harap agar segalanya nanti akan berjalan dengan selamat dan sempurna. mudah2an Allah permudahkan urusan kelahiran ni nanti dan saya dapat bersalin normal. tak lah payah sangat nak berpantang sambil dijaga oleh dua jejaka nanti :P

oh yer! dikesempatan ni saya mohon maaf kalau2 sepanjang berbloging ni ada tatabahasa dan penulisan yang mengguris hati sesiapa. doakan saya eh....


p/s: esok dah masuk bulan 12. manalah tau kan... ;)

3 comments:

  1. yey...
    nanti baby kuar on 6 dec...
    sama birthdate ngan aku..
    hahaahahaa

    ReplyDelete
  2. yey..nanti every year bb aku dpt hadiah dari auntie kak faryn :p

    ReplyDelete
  3. salam.
    saje blogwalking.
    feel free to visit my blogshop. kedaicikzati.blogspot.com btw.
    thanks ya.. :)

    ReplyDelete