Pages

Monday, February 8, 2010

itune members

semalam saya dan en. suami pegi mv( midvalley). saje jer nak dating macam dulu2 lah kononnye. tengah jalan2 ada nampak satu booth ni. dia ade letak bunting pasal holiday packages. kitorang saje lah dok belek2. sebab memang murah lah kan package2 dia. ada dalam dan luar negera punya holiday packages. kitorang yang belum berkesempatan untuk hanimun lagi ni, ofkos lah teruja giler tengok pakej menarik macam tu. then, datang sorang budak ni. memang budak. baru habis spm kot. suwit jer muka. heee... sambil mengunyah dia explain pasal pakej2 tu. pakej memang menarik dan sangat affordable. tapi kena jadik ahli itune dulu baru dapat harga macam tu. so, smlm dorang buat promotion utk 150 org sahaja. bayar rm389, kita boleh terus dapat jadik ahli itune dan seumur hidup. kalau tak, 389/year. so, utk promotion 150 orang tu bayar 389 dan dapat jadik ahli seumur hiduo. *okey fine azian. dah dua kali kau ulang! ;)*

kitorang laki bini dah macam cacing kepanasan bila dengar. plus yang best lagi. bukan utk kitorang jer (1 kad 2 nama) kitorang jugak boleh bawak max 50 org masa nak pegi holiday tu. dapat harga yang sama macam kitorang dapat sebagai ahli. cumanya orang lain tidak dilindingi oleh payung insuran. kami yang ahli jer insurans cover. time tu dah terbayang nak gi holiday ajak family, ajak kawan2...best kan?! kalau yang rm689/ year, unlimited. boleh abawak seberapa ramai org. yang ni biasenye company2 yang amek utk buat family day atau ape2 lah aktiviti syarikat.

banyak lagi benefit yang dia terangkan. dan mula2 tu macam tak berapa faham. saya tanya promotion ni sampai bila? budak tu jawab, utk 150 orang jer kak. sekarang tinggal lagi 6 paperbag jer... oh yer! dalam paper bag tu, dia bagi segala mak nenek brochure dengan pamplet pasal negeri kat malaysia. dan every year dia akan hantar magazine ker ape tah pasal holiday promotion dorang dan t-shirt itune. kalau pegi holiday mana2, pakai tshirt tu dan kalau bertuah anda akan dispot. *sumpah taktau langsung pasal ni. tapi en.suami tau pulak* en. suami jugak sangat teruja. tiba2 jer terkeluar dari mulut dia "sebenarnya bi teringin nak pegi langkawi" eh? sebelum ni tak pernah cakap pun.

so, pas makan kitorang pikir2 okeylah... kitorang sign up as a member. masa en.suami nak bayar tu, saya tiba2 terpikir benda bukan2. betul ke ni? wujud ker syarikat ni? memang ade ke itune ni? saya ni memang peghak sikit bab2 bi. takut kalau kena tipu. nak dekat 400 hengget wey. sape tak takut :p. then en. suami cakap. pernah dengar tak nama itune hotel? alaa...kat simpang jalan yang dekat dgn maju junction tu ade satu *kalau cakap nama jalan, memang haram aku tak tau. kena cakap nama bangunan. heee...*. sekarang nak buat itune hotel dekat balik jugak. oooo...yang tu eh? hahaha...bodoh giler rasa. pas dah bayar tu, pi jalan2 jap. tapi dalam kepala otak mcm tak sabar nak balik. nak tgk website dia semua. benar2kah wujud?

bila dah balik, check website dia semua...okey ade. ade company.num semua siap. baru lega... sekarang tiba2 rasa tak sabar nak pegi holiday. heee.... tambah plak, masa sign up semalam budak tu kata as a member dapat percuma penginapan di mana2 destinasi pilihan 2 hari 1 malam setahun sekali. lagi lah teruja...

tapi kan, sebenarnye selagi saya belum guna segala keistimewaan yang dikatakan, saya takkan senang hati. hahaha...

pssttt...ade tak sape2 yang jadik ahli? any comment...?



107 comments:

  1. actually saya br balik dr mendengar promotion yg sm dekat shoppping cmplex area umah...tgh search2 nak tau pasal bnd tb2 terbaca blog ni..tp td ramai gak rakan sekerja yg dh sign jd ahli..sy yg still rs 50-50

    ReplyDelete
  2. anon,
    sebenarnya saya rasa memang dorang tawarkan pakej yg agak murah. sebab dah go thru website dorang. tapi statement dorang yg kata dorang anak syrikat air asia tu mungkin tak betul.truly, saya pun belum pegi mana2 lagi dengan pakej yg ditawarkan

    ReplyDelete
  3. saya pun ader join gak baru ni..yang rm689 tu..dapat pakej 4h3m..tapi yang saya baca kat awk tulis tu betul ker dia bagi percuma pakej setiap tahun? kalu tak silap sekali jer dapat percuma..Lepas guna pakej ni kita kena bayar sendiri..cuma kita dapat diskaun hotel jer..tu apa yang diaorang terang kat saya lah..keahlian semua tetap hidup..saya daftar kat mesra mall kerteh baru ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. faizal,
    eh, sekali jer eh? ke saya salah faham ni? tapi saya rasa budak tu ckp yg sekali setiap tahun skali dengan pamplet pelancongan. t-shirt jer dapat sekali masa daftar. tapi tak dapat2 pun. saya sebenarnya risau jugak kena tipu. belum try pun lagi. takut sama jer mcm kaau kita uruskan sendiri. ohh..yg 689 tu boleh bawak org tanpa had kan? dorang kata, biasanya org yg ade company suka sign-up pakej yg tu. hehehe

    ReplyDelete
  5. entahla..t-shirt janji nak pos tak pos pun.Saya pun tak pergi lagi pakej tu.Apa yang dia orang terang kat saya yang 689 dan 389 tu beza dia dari segi pakej je lah. Yang 689 dapat 4H3M dan yang 389 dapat 2H1M. Untung daftar yang 689 cuma dapat lebih 1Malam je lah.Yang lain2 sama jer lepas guna pakej ni.Plus yang 689 tu dilindungi insuran jika semasa kita dalam bercuti.Masuk wad dia bayar 50 sehari maksimun 150 hari.Kematian 30k. Yang 389 tiada insurans kemalangan. Saya dah check balik ngam orang yang promote menda alah ni kat saya.Dia cakap sekali jer dapat free pakej percutian & perlu digunkan sebelum 1 tahun pendaftaran. Tapi lepas daftar macam nyesal plak..mula2 diaorang cakap free pakej tu semua hotel boleh.Masa nak booking lain plak jadinya.Kena plih list yang dia bagi jer. Tengok rates hotel yang dia bagi free paling mahal 160 semalam. Ingatkan dapat gak rasa tidur kat hotel 500 600 semalam.Dulu masa promote kabar lain.Biasalah orang melayu berniaga kan...heheheeee..

    ReplyDelete
  6. saya pun tak dapat2 lagi tshirt tu. psl insurans tu semua, promoter tu kata semua pakej pun dilindungi insuran. tapi hanya utk pemegang kad pertama dgn kedua jer. meaning kalau kita nak gi holiday satu family 7org, semua dapat harga pakej yg dorang tawarkan. tapi yg 5org lagi tak dilindungi insuran. mcm tu pulak dorang cite kat saya.tp bila awak ckp yg 389 takde insuran, eh..dah lain pulak kan.hm..sama lah, ms saya dulu pun macam tu jugak katanya. siap ckp lagi kalau guna pakej dorang, rates tetap sama. tak kiralah peak season atau tau. tapi sekarang saya dah jadik ragu2..menyesal pun ade jugak register dulu. saya pernah call ckp nak guna pakej yg 2h1m tu. tp tiba2 time tu ckp dah fully booked. time tu br saya dpt agak yg bukan semua hotel. hanya hotel tertentu jer.. geram jugak rasa nih

    ReplyDelete
  7. kita terkena daa..nak wak gana dah..daftar dah daftar dah..kita tengok lah nanti gana2 cerita..semua ni strategi bisness diarorang jer..kalu dia bg hotel mahal2 rugi lah dia orang..setiap orang dia terang lain..nak tarik pelanggan lah katakan..biar ah guna janji2 palsu pun tipu orang..asal duit poket diaorang masuk..

    ReplyDelete
  8. yerlah, ape nak buat. dah bayar pun. nak menyesal pun tak guna T_T. tapi one day, nak guna jugak pakej dia. nak tgk betul ke 'apa yg dikata'!

    ReplyDelete
  9. Saya dan suami baru jer daftar ahli semalam di Tesco Melaka. Kami mendaftar sbgai ahli seumur hidup. Semua 'privillage' yg kamu ceritakan sama dgn apa yang saya faham. Suami mendaftar untuk medapat potongan pakej umrah. Promoter ada juga ceritakan bahawa ada pekerja kerajaan menggunakan kad mereka untuk 'travel' jabatan mereka.
    Saya sekarang merasa ragu2 dgn menyertai ahli itune. Saya ingat ia di bawah Air Asia. Kami tak pernah menyertai mana2 pakej percutian, sbb selalu ada banyak penipuan. Harap Itune ni bukan lah dari golongan 'pengayak'...

    ReplyDelete
  10. anony,
    masa mula2 promoter tu cite pun dia kata, itune ni di bawah air asia. siap cakap lagi psl tune holiday lah. sekarang ni go holiday air asia dah takde. dah tukar kepada itune (saya ingat sampai skrg dia ckp camtu. silap tak rakam jer) tapi bila dah join, tak pun. dorang bukan bawah air asia. ayat jer lebih. saya pun tak tau nak kata betul ke tak. saya pun belum cuba mana2 pakej dia. kdg2 rs mls nak fikir. sebab menyakitkan hati. hrp2 harga murah utk holiday tu bukan penipuan

    ReplyDelete
  11. azian..dah guna belum pakej itune tu?? kalu dah gi nak tanya ok tak pakej yg dia bagi? cepat2 kena guna..sebab ada expired dated gak..6 bulan dari tarikh pendaftaran

    ReplyDelete
  12. saya dah guna. pegi cameron hr tu. okey lah. tapi saya cadangkan, awak surf dulu kat internet hotel2 yg dorang listed. sebab tak semua yang cantek. hotel pun 3star je..

    ReplyDelete
  13. Memang tipu pun,skang ni call no pejabat diaorang pun dah xdapat..Geram gila..rasa macam nak serang je kaunter diaorang,Tapi kite ni perempuan apakan daya kite,kite join kat tesco melaka gak dengan staf dia nama aiman. member sy pun ckp ni mesti scam coz diaorang xletak nama penuh,silap sendiri gak ghairah sangat nak join,xpikir dulu.Tup tup semalam call nak aply package free tu..xdapat2..lahabau betul..

    ReplyDelete
  14. ade spe2 x y pernah booking pakej y free tu
    ape y die provide?

    ReplyDelete
  15. Tolong!!!! Saya baru jadi member semalam..dah bayar RM680. balik tengok internet baru jumpa comment sebegini. Ada sesiapa yg dah pegi pakej dia orang belum??

    ReplyDelete
  16. Sy pn ada join thn leps kat shah alam..kononnye bln 6 nak ambl pakej p tioman.sx check no ahli sm dgn org ln...bl check kt ofis diorg kata akak y promote kat sya 2 main duit.aduhhh...kebetulan time 2 diorg ada bt prmtion dkt dgn rumah so dorg settlekan,tp yg geramnye sy x dapat jugak pergi coz hotel full..sampai sekarang sy x guna lg..

    ReplyDelete
  17. anon,
    dgn itune package ni, u all kena strict sikit. sy pun dulu mcm tu. bila sy nak book hotel utk redeem pakej free tu, dorang kata hotel dah penuh. sy tak puas hati, saya kol semua hotel yg dorang listed. padahal ada jer lagi bilik kosong. at last, baru dorang cuba jugak dptkan hotel. tp hotel pun biasa2 jer. mmg regret sgt lah sbnrnya. lebur duit mcm tu jer...silap sendiri sebab excited sgt. dulu kata dpt free couple shirts. sampai sekarang tak dpt2. dulu saya tanya dorang ckp shirts tu dah takde stok. yer lah tu!

    ReplyDelete
  18. dah tutup pun...lari tinggal perabot huhuhuh..hangus duit aku

    ReplyDelete
  19. kalau itune ni scam, samalah dengan tune holiday.dah tutup dah lari. rasanya mereka ni buat cara gini utk menipu pengguna.

    ReplyDelete
  20. Kalau nak tau..yang terbaru...ada plak..compny baru yg muka yang sama...4tune club,dgn 1fly...apa yang penting diaorang ni semua xde lesen KKKP...So kalau ada yang dah terkena tu..Pergilah buat report kt Tourism atau dekat hal ehwal pengguna..Nasib baik aku dapat duit aku balik..tu pun nak kena amuk dulu..kalau kita lembik..cuma layan je alasan diaorang..jadi mangsa la kita..Duit kita hak kita..so xkan nak biar lebur je..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah saya tergerak hati nak siasat dulu benda ni. baru tadi geng 4tune club ni buat promosi kat ipoh parade, kali ni dia mintak rm689 untuk jadi ahli seumur hidup dan offer percutian 4H3M percuma utk ahli. Memang excited nak bayar dah tadi, tapi nasib baik saya cakap kat dia nak discuss ngan kawan dulu. Rupa-rupanya mmg scam pun. tapi tadi nampak rami gak yg dah terkena, dia cakap promosi ni nak cari 200 org ahli je, dan tadi je dah ade 178 orang, tinggal sikit je lagi. Apepun pada sape2 yg ditawarkan benda2 mcm ni harap siasat dulu. kalau tak anda mungkin menjadi mangsa seterusnya...

    ReplyDelete
  22. td kat care4 mid valley pon dorg buat jgk. hampir terpengaruh la. tp nsib baik tak join sbb mak ckp mcm tak leh percaya je benda2 nie. menipu je.

    ReplyDelete
  23. ops....td kat care4 wangsamaju pun de promotion tp 698...u all benda ni betul ke...my hubby just byr deposit rm60 je....tp hati i xkeruan.xsedap hati...ofis nyer kat danau kota..esok nk p tgk

    ReplyDelete
  24. http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1553011&st=0&p=38500202&#entry38500202


    http://www.topix.com/forum/world/brunei/TGHP6OFRPM0CQ0OMO

    ReplyDelete
  25. hii azian, i and tunang bru jer jadik member last week mase dia open booth kat careffour midvalley..lpas dh sign up bru terfikir the dark side..blik umah google up jmp byk forum cite psal itune card scam nihh..nyesal sungguh..sepjng mingu buang mase trying to call the no given, separuh hari bru dpt ckap..this just to get them send list of hotels for the complimentary stay..mg frust la hotels nyer just 2-3 star, tak seperti yg dijanjikan..yg utama servis frm them rated zero-too badd...tiring and sick of this, now try to terminate and get refund..kalo tak bole kene hrapkan bantuan tribunal pengguna ..i dh buat report tgu hearing on next jan

    yg sakit hati now they still tgh rancak buat sales, yg terbaru kat careffour bdr tuh hussein onn..

    so tlg war2 kan kat kwan2 psal hal nih..supaya tak ramai lagi org terpedaya..

    Take care.

    ReplyDelete
  26. salam..saya da sign up..
    bila compare harga hotel n flight
    baik kita yang wat sendiri..
    jadi..ada sesiapa leh bantu saya wat refund?
    apa patot dibuat?

    ReplyDelete
  27. dear arwani, nak dpt refund blik memang susah..i dh hantar email, calls tapi takde action frm them..i dh buat report kat tribunal pengguna..

    i advise u pegi buat report jugak kat tribunal pengguna smbil2 keep calling & emails them to ask for refund.

    ReplyDelete
  28. astaga....saya mcm kenq tipu ni.. 8 januari 2011 baru baru ini dibuat kat ampang point nie laman web dia http://www.4tuneclub.com,,apa yg diceritakan olah semua mmg betul pakej di tawarkan maknanya dah lama dia buat keje ni kenapa tiada yg amik tindakan?????? saya mula mula ragu tapi sebab tak pernah dengar dan tertarik saya mendaftar dan hanya bayar rm100 utk pakej rm689 tu.....lepastu bagi ler kertas photostat dari situ saya pelik kenapa mcm company miskin jer.....apapun saya kan bertindak segera untuk mendapatkan kembali duit itu segera utk mengadu ke tribunal pengguna!!!! sedih asyik kena tipu jer...dulu ada kes nak melabur samapi rm48 ribu sebaik tak buat loan pasal travel ni jugak guna nama friends rupanya company mlm....adehh

    ReplyDelete
  29. Macamana nak dapatkan refund balik??????
    Saya dah register 4tune club. minta quotation ke Bandung. Hotel Guntur yang rate dia hanya RM65-Rm70, dia caj sampai RM145/nite. Kata diskaun smpai 50% tapi makin up smpai 50% lagi adela..
    Tapi 4tune club dgn itune club lain kan?

    ReplyDelete
  30. saya bru sign smlm.....tgk korg punya komen...takut sgt....sbb bayar 689....aduh....igt nak simpan utk pakej honeymoon.....camne ni??? nak refundlaaa.....bodonye....

    ReplyDelete
  31. Hanie, i Tune ke 4tune Club? sy dah bawak ke Tribunal Tntutan Pengguna. kes 24 Februari ni dgr.. 2 kes babitkan syarikat 4tune club nih.. harap2 dapt semula duit.. takyah join club pun lg murah dpt.. dorg sangat pandai.. klo minta refund dorg suh bagi surat gitau alasan nape nak refund. Sampai bl2 pun dorg takkan bg refund tuh.org nak refund, lg nak suh buat surat bg alasn..

    ReplyDelete
  32. hai, sy pun joint 4 tune club ni...sy amik pakej masa promotion kat srwk..buat masa ni person yang incharge tu ok je..siap nak bg my mum tido kat tune hotel secara percuma..tp tu la..i menunggu je la atucara perjalanannya sampai..PIC tu lak baik dengan my mum..tu la, bl tgk uolls byk kat cni i pun da terpk2...

    ReplyDelete
  33. Hmmm....secara jujurnya, janganlah amik jadi members tuk perkara mcm ni....disadvantage lebih dari advantage....

    contoh :

    masa nak pergi cuti.
    kita cadang nak pegi cuti hujung minggu ni, tapi cuba try guna so call members privileage ni, 98% kemungkinan tak jadi cuti sebab tempat penuh lah...kosong time week day ja... so buat apa? dah terbantut nak jalan

    kos.
    diaorang jadi orang tengah ja. rates hotel pakej pun aku rasa lebih kurang sama ngan rate hotel.

    kalau nak pegi honeymoon semua tu, plan awal. buat mcm aku, cewwah contoh. g krabi 4h3m, total kos exclude shopping ngan makan, rm800. the point is, kita ada medium lain yang lagi friendly+bargain kalau buat planning dulu.

    ReplyDelete
  34. ei betul ke baru je sign up tadi...plz respon...4tune ni menipu ke

    ReplyDelete
  35. baru baru nie masuk berita pasal kes nie pasai perloncongan murah..nampak gaya mcm 4tune club nie,,,so dia g tribunal pengguna....apapun minta kekawan update news pasai 4 tune club nie..kalau benar ler 4 tune amik kesempatan utk menipu...aku nak tuntut balik wang aku ...ermmm

    ReplyDelete
  36. to all readers, sy sign up dgn itune club. tentang 4tune tu sy tak pasti.

    ReplyDelete
  37. amri..mcmane u buat tuntutan kat tribunal??i pn nak buat gak aduan ni..dah rse tertipu dah ni..bangssatt tul 4tune..sakit ati aku!!!!jmpe kat mane2 shopping complex siap korgg..

    ReplyDelete
  38. Kol je Tribunal untutan.. Search kat website dia, ade byk branch.. i Khamis ni bicara kat Tribunal.. InsyaAllah Allah akan bantu org2 yang teraniaya.. u pegi tribunal, then kena beli borang RM5, ade 3 copy, masa pergi sana kalau bole bawak bukti2 dan mengapa kita tuntut balik.sbb klo kita nak minta trus kt 4Tune jgn harap dia nak bg. nnt dorg sebuk minta u bagi surat alasan nape nak refund. alangkan u email kat dorang pun tak balas, lg kan nak bg surat.. cit..

    ReplyDelete
  39. ok..tp bukti2 yg cmne kita boleh bwk?i just ade resit n copy form registration jek.sbb kalo nak bwk bukti dr segi qoutation ke ape mmg xde..rse dah nak sebulan i tunggu qoutation dr dorg xdpt2..kalo call mmg hampeh la.u boleh bg contoh x bukti ape yg u bwk??boleh tak u PM kat i ur phone no/emel address?kalo boleh i nk follow u pnye perbicaraan kat tribunal and i nak discuss further psl nih...hati sudah panas laaa..i rse ramai lg yg luar sne tuh yg tertipu tp xnak wat aduan.PM i kat emel address nih e_sham83@hotmail.com. tq so much..

    ReplyDelete
  40. Sy dah add kat FB.. nnt chat utk more info..

    ReplyDelete
  41. i dh pegi tribunal pengguna and dgar hearing-org itune xder yang dtg pun...so kene buat another round of process-kene hantar surat lawyer kat company tuh blik. so i decide amik cuti pegi hanatr sendiri slain gune pos berdaftar..

    bile i pegi opis dia kate akan urusakn-dlm 14 hari akan smpai refund cheque ..but till today none..and the company stil buat marketing merata msia...ohhh

    ReplyDelete
  42. Saya juga kena scam 4tune ni.
    cakap special price untuk 200 org saja di seluruh malaysia! tak mungkin sampai sarawak pun belum dapat 200 org.

    Sy dah report kat tribunal untuk claim refund.
    sesiapa yg belum report, jgn tunggu lagi:
    http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Itemid=47

    saya rasa consumer dr seluruh malaysia mungkin dah buat aduan ttg 4tune club.

    ReplyDelete
  43. Saya dah selesai kes di Tribunal Tuntutan.. org 4Tune Club tak dtg pun.. so sy diberi Award dan tribunal hantar perintah kepada $tune club utk bayar saya RM698 dalam 14hari dari tarikh dia terima arahan melalui pos berdaftar..

    4Tune Club pengecut!nway Alhamdulillah dah menang tuntutan.skrg tunggu payment dr 4 Tune Club.klo dia tak bayar, Tribunal akan bawa ke mahkamah utk tindakan selanjutnya ke atas 4 Tune Club.

    ReplyDelete
  44. Apahalnya Liz yang kat Brunei ini...terpedaya lah Liz juga dengan promosi pelancungan 4tune. Mati2 durang kata durang under airasia. Liz dah sign up n pay 689 masa Liz makan angin kat MIRI bulan jan 2011. Liz ada juga kad 4tune..and voucer 4D3N...konon nak cadang pegi melancung mac, Bila Liz nak cuba online..seperti tak kena saja website 4tune..email pun tak exist..apalagi tel ofis seperti dah diputus...aduh tolong Liz bagaimana nak refund balik...susah juga bila kena jerat penipu...tolong Liz

    ReplyDelete
  45. hai..sy si anon yang buat keterangan mengenai PIC yang baik dengan mom saya..actually 4tune ni memang penipu besar!!!!..web site pun dah tak wujud sekarang...saya kena dekat rm2k sebab tologn buat membership for pakcik saya rm900, pastu mak saya beli tiket melalui amirul bahrin, sales person di miri RM340 dan rm55 untuk proses yuran free gift...memang b**gsat diorang ni...sy kol opis diorang cam tak nak responsible pun..siap boleh cakap staff dia da berenti hujung bulan 1...sape lg, saya buat tuntutan la....

    ReplyDelete
  46. hai..sy si anon yang buat keterangan mengenai PIC yang baik dengan mom saya..actually 4tune ni memang penipu besar!!!!..web site pun dah tak wujud sekarang...saya kena dekat rm2k sebab tologn buat membership for pakcik saya rm900, pastu mak saya beli tiket melalui amirul bahrin, sales person di miri RM340 dan rm55 untuk proses yuran free gift...memang b**gsat diorang ni...sy kol opis diorang cam tak nak responsible pun..siap boleh cakap staff dia da berenti hujung bulan 1...ape lg, saya buat tuntutan la....yang best tu bila second time sy kol no cut diorang, diorang tak jwp, pastu en.megat owner 4tune tu terkantoi bg no lain kat sy 4149 8876..nampak sgt penipu..entah2 nak tukar nama lain kot..5tune kot...what the f**k!

    ReplyDelete
  47. Dorang dah tukar nama Fortuneclub. Sekian harap maklum semua. alamat diorang pun dah tukar..

    ReplyDelete
  48. hi semo... saya tadi g jln2 ke Pontian , nampak plak Promotion Itune Pakej holiday.... hati trs nk jd ahli je .... tp sbb hubby kata sabar jgn kelam kabut ..so sy releks lah walopun dlm ati mcm nk nangis ..byk pakej2 menarik yg dia tawarkan..seb baik sy x jd beli ...tergerak ati nk tgk check kat internet psl Itune holiday... syukur sy terselamat .....harap kita semo berhati2 di masa depan

    ReplyDelete
  49. adoiii....nyesal gile p register ptg td!nape ler xtrgerak ati nk google dlu!!balik umah br google..alih2 tgk sume bg komen negatif!aiyooo melayang RM698 td.....cilaka punya olang!!!!grrr..grrr...sakit ati+xpuas ati....sume ade lah....:(

    ReplyDelete
  50. hahahaha.. takpe.. sabo aje lah....
    smlm sy terima call dari private number, kata dia dari mahkamah KL ( geng diorg gak ) dimana 4tune club telah failkan saman dimahkamah sebanyak rm10K, dia kata la... alasan penfailan saman, sy masih belum jelaskan baki pendaftaran ahli 4tune club ni, sy baru bayar rm100 je... dan guys tu cakap sebelum dia hantar surat mahkamah, dia suh sy deal ngan another guys.. ni no dia 016-2110264 ( khairul ) suruh deal pasal penarikan saman..
    sy call la mamat khairul ni, dia cakap saman boleh ditarik balik tapi dengan syarat sy kena bayar RM1498.. padahal sblm ni baki sy hanya 598 ( ambik pakej 698) tapi kena bayar sebelum pukul 2, sy terkejut .. maybe panic, sy call wife sy yg keje kt jabatan guaman, wife sy call la mamat kairul ni, tanye pasal saman mahkamah tu, tapi mamat ni tak mampu nk jawab apa yg wife sy tanye..berkenaan apa no fail kes, bila sebutan, nape tkde notis penjelasan 14 hari, mmg benar sy tkde terima sebarang surat.. tapi mamat tu kata semua tu rahsia.. jd wife sy mention ni semua scam.. jd ptg tu sy call balik mamat tu... sy suh dia hantar gak saman tu.. dn sy kata.. kalau saman dia tu tk related ngan T&C yg sy sain kt form application sy akan saman dia balik... terus dia letak phone. dn sy call lsg dia tanak angkat....dah .. sampai la ari ni.. jadi nasihat sy.. 4tuneclub ni mmg scam.. dh terdesak sgt ke diorg ni.. sampai sanggup menyamar.. ..

    ReplyDelete
  51. Aduh, mmg parah kalau 4tune club ni adalah scam...hampr sbln lepas, sy n BF da daftar club ni. mamat yg promote dgn kitaorg tym tu janji benda2 mcm yg korg crita. cuma tiap org da variasi promosinya masing. mamat ni kata klu byr RM698, keahlian adalah seumur hidup, dapat 2 tiket free, insuran utk pemegang kad (2 org - sy n BF), etc. tym tu duit tak cukup, so dorg minta adv lu RM150. kitaorg tym tu mmg ada RM150, so kitaorg hulur la duit RM150 tu. then slm plg BF da pesan 'check website mereka ya..' alih2 pas bc crita korg, rs kecewa la plak kena tipu dorg ni. Ada sapa bole tlg explain mcmana nak tuntut dgn dorg blk RM150 kami tu? Mintak tolong la sgt2 kat sapa2 yg ada pgalaman 'menuntut' hak pengguna ni...

    ReplyDelete
  52. adeh... mmg cari dosa betol la dorg nie...
    sy lebih kurg same kes ngan tarikh 12april.2:36pm.. tp mahkamah dr kuantan pahang.. die dok cter antar surt saman rm10k.. n sy akn di blacklist semua.. sy cuak n tkt n panic sume ade.. sy bgtaw member sy.. n kwn sy kal pihak mahkamah kuantan n dorg ckp mmg xde buat pggilan saman arini.. den telefon encik khairul blik.. kwn saya maki abis die.. tanx to my fren.. pasni jgn mudah terpedaya..*ingtkn tok diri sendiri juga*

    ReplyDelete
  53. Hai semua,

    Ok, emma nak cerita, kes emma dah didengar di TTPM pada 5/4/11 baru2 ni...Allhamdulillah ema menang dan diorang diarah bayar semula rm698 kepada emma. Walaupun x dpt sebanyak yg da kena tipu tu kan..xpela, yang tu biar diorang tanggung kat akhirat nanti..

    for those yang nak mintak balik duit boleh buat tuntutan kat TTPM, tapi pastikan ada bukti yang kukuh. Sape2 yang nak minta bantuan boleh kol emma 017-2994707, tak boleh cakap kat cni sebab diorang memerhati.


    Sekian,

    ReplyDelete
  54. alamak mcm mana ni..sy dh seminggu sign up bayar 689 kateny pakej 4life..nama pakej fortune..kwn diatas mcm mana nk tuntut balik fee yg yg bayar tu...cik emma,sy call num awk xdapat la..nk mintak bantuan mcm mana nk buat tuntutan..dlm seminggu ni mmg dh mula rasa was2..sbb bile buat booking tibe2 mrka ckp kontrak dgn hotel dy yg sy request dh tamat..padahal listed dlm web dia..kate discount up to 50% tp penah dapat rates kurng rm5 hengget je dr harge sebenar...ape kebende...sy dh complain pd salesman n cancel dia suruh buat surat knp nk benti.
    siapa sudi membantu email sy ..norm_amad@yahoo.com

    ReplyDelete
  55. owhh nooo..!!! my bf bru register for VIP package (RM689) smlm kt tesco alor setar..we were so excited with the low rates vacation..plan nk reserve free gift for our honeymoon, insyaAllah..we didn't expect anythg bad till ths morning hati trgerak nk search ttg iTune nih..unfortunately,semua citer n experience yg buruk2 ttg offer dorang tuh..ape yg buat kami sgt2 cuak n upset is,my bf byr guna credit card..as for now kami blom guna n tebus apa2 pakej n free gift so xtau caner nk buat...if mmg dorang ni menipu mmglah sgt2 rugi coz it will be charged on the credit card..oh my goodness...ade sape2 bleh bantu x?is it possible to talk to the credit card management/bank as the agreement between iTune n him has been signed yesterday?help us..

    ReplyDelete
  56. hai semua,
    saya dah lama jadi ahli kad ni. takde masalah pun. dah banyak tempat saya pegi guna khidmat diorang. gi melaka, terengganu, sabah, tioman, pangkor dan langkawi.redang pun ade. ok je. korang cube le dulu. tapi tengok nasib masing2 kot. ada yg kena ade yg tak

    ReplyDelete
  57. Hai semua,

    Saya ada sign in last nov10 dan baru bayar rm100, balance dia kata boleh byr bulan2, lepas tu bila saya check kat internet no such website, jadi rasa macam dah tertipu jer. Saya terus ignore, semalam dapat call dari someone kata dia dari pejabat peguam kata saya dah breach contract so akan dapat surat mahkamah untuk saman 10K, surat akan keluar esok... so takutlah kita and tanya macam mana nak settle nih, dia cakap boleh tolong tapi kena byr rm1498 dalam masa 2jam, siap this khairul fellow bagitau kesian kat saya dapat tahupun in short notice, so saya tanya boleh ke saya cakap dengan bos dia untuk minta tangguh? Dia cakap only dia yang decide (don't we smell something fishy?) Jadi saya tanya member lain... dia orang advise ini scam... So apa pendapat yang lain?

    ReplyDelete
  58. Subhanallah....saya pon baru sign up tadi ( plaza metro kajang )...rm689 dapat diskaun rm650....tapi sebelum sign n swap...saya macam tersedar....betul ke benda ni???? lama kelamaan saya macam terpengaruh untuk swap juga...balik je rumah surf tenet...banyak komen negatif tentang company ni....terus saya datang balik...mintak refund....esok...seperti dijanjikan....salesman tu akan bagi balik rm650....tunggu...apa yang akan berlaku esok....harap2 akan ada keadilan....ameen

    ReplyDelete
  59. huhuhu...rs terkilan lmbt jumpa post nie...tengahari td suami dpt call kononnya dr mahkamah putrajaya nk sue ktorg suami istri coz x byr balance RM598 (deposit ms2 RM100 package RM698)...malangnya balance bknla RM598 tp kn byr utk full package...jd kn byr RM1498..dia bgtau suami byr sblm 1.30ptg...klu x kn masuk court byr RM10,000 n nama kami suami istri blacklist...so takut punyer pasal ktorg trus byr...then sbgmn citer sblm nie...dh dpt duit...call2 trus x angkat...rs nk pengsan duit terbang cm2 jer...plis...bgtau cmner nk refund blk...btl2 bjaya ke klu report kt tribunal...

    ReplyDelete
  60. Salam,...saya pon ingin berkongsi bende yang sama, dan tadi saya ada call si khairul nih, no fon pon dah siap tuka +60162012376 kalau mengikutkan prosedur sebenar seperti mana yang diberitahu oleh kawan saya, mahkamah kene hantar sepina dahulu kepada orang yang akan disaman by hand kepada org tersebut, dan bukannya by phone dan boleh plak suggest call org2 ttertentu untuk settle.

    ReplyDelete
  61. Salam semua... sy pun sign up gak dgn syrikt ni bln 2 hr tu.. sy ambil pakej rm 698.. kononnya nak bwk family melancong... dia minta deposit rm150... tp smpi skrang sy x byr lg balance yg selebihnya tu.... sedih gak x jumpa blog ni awal2... betul ke kita kena saman kalau x byr balance yg selebihnya tu? Kalau ikutkn kata pekerja syrikt ni ms sy sign up, kalau x byr balance ni dlm ms 6 bln, kontrak tu tbatal cam2 je... x de pun sebut psl saman.. da la kita kene scam, dia nak saman2 plak... da la sy ni student je... mana nak cekau duit byr saman plak... anyone yg tau further details psl law ke, sue ke?

    ReplyDelete
  62. Salam, apa patut kita buat supaya kawan kawan lain tidak kena saperti kita. Mungkin kita boleh heret owner syarikat ke pengadilan, Bagaimana dengan pendaftar syarikat apa boleh bantu kita, polis apa boleh bantu kita, Matta apa boleh bantu,selain dari tuntut ganti rugi.

    ReplyDelete
  63. Salam. saya ada bincang dgn kawan katanya
    1. kumpul bukti bahawa kita di tipu, baik dari kata kata dan juga dokumen yang mengelirukan.Dapatkan nama kalau boleh mereka yang ada kaitan, Kalau ada kronologi tulis dulu dan bila dah siap report di balai polis sentul. Dapatkan salinan. Anda akan di panggil oleh pegawai bertugas apabila kertas siasatan bermula. Apa yang anda report akan disemak semula. saya di beritahu balai polis sentul untuk commercial crime. 2. Untuk gerakan polis cari harian metro atau journalist yang buat lapuran di malay mail. Buat carian di google mengenai dengan nama syarikat smartbiz. Ada terdapat berita seorang wanita india yang cuti nya tak kesampaian dek buatan syarikat tersebut. 3. Modus operandi syarikat sama yang saya lihat telah menggunakan nama produk sebagai anak syarikat Air Asia. Ingat file nya dan ofis dia menggunakan cat yang sama (merah) untuk mengelirukan pengguna. Apabila tempah ticket kapal terbang maka akan terbongkarlah yang ia telah mempergunakan nama Air Asia untuk mengelirukan pengguna. 4.Jumpa pejabat Air Asia HQ untuk memberitahu bahawa kita telah ditipu oleh syarikat berkenaan dengan menggunakan nama syarikat mereka. Minta mereka pula ambil tindakan keatas syarikat tersebut. Tribunal pengguna hanya lepaskan kita seorang. We have to stop them dari tipu orang lain. Kalau Kita terpaksa heret masukkan mereka ke penjara kita buat. Tak guna kita emo di blog sampai bila pun akan ada yang terperangkap. So what say you all,

    ReplyDelete
  64. Peringatan, apa yang mereka lakukan saperti nak saman itu semua hanyalah reverse physcology dan jangan terpedaya. kita bersatu dan henjut syarikat dengan tuan dan perkerja nya sekali kerana bersubahat. Penipuan adalah crime. jangan biarkan mereka terlepas.

    ReplyDelete
  65. hi,i from penang, i sudah sign pakej Fortune Club ni 18/5/2011 tapi bila balik rumah sgt happy nak buat research tentang club ni , sy dah rasa tertipu. Tapi kes saya lebih rumit sikit , cos i memang sign pakej RM698 tapi i cuma student je, so i tak cukup duit dan bayar diorang RM100 dulu, dan esok hari kita pergi kat GURNEY PLAZA PENANG nak bayar balance diorang kata kasi i offer cuma bayar RM298 sbg balance boleh dapat pakej ini tapi diorang kata voucher 4hari 3mlm free sudah habis dan diorang akan send ke rumah saya voucher tu, tapi sampai sekarang tak send pun. susah payah i kumpul duit tapi hilang macam tu je. i pernah comment kat facebook diorang tapi mereka macam sudah delete dan block semua comment. Siapa boleh beritau saya apa yg patut sy buat?

    ReplyDelete
  66. mmmmm....baru last week my sis daftar..pakej 689...tp bayar dulu rm150.....siap da plan nak g bercuti 1 family...

    ReplyDelete
  67. askum...sy br je kne tipu mcm kamu semua, sy dapat kol dr mahkamah KL, kate kne denda 10k...tp sy gabra, sy dah byr 300, die kate untuk hold kn saman yg akan dikeluarkan esok...tp bile baca mcm2 komen ni,.,sy jd takot,mtk tolong...mcm mna sy nk wt refund tu balik....tolong la...

    ReplyDelete
  68. hai semua, saya da tau siapa one of orang yang bersubahat dalam 4tune/fortune club, dia merupakan owner of mh holiday travel...sy sokong pendapat anonymous 7 july 2011 tu, kita perlu buat macam tu supaya syarikat ini lumpuh dan tak mengambil duit pengguna lagi..harap pengguna2 menyuarakan di kpdnkk terumatanya kepada Menteri PDNKK, minta tubuhkan akta berkaitan perkara ini...kwn2 boleh search mh holiday kat fb..beliau la one of the owner fortune club ni...

    ReplyDelete
  69. apa yang saya blh bantu adalah kena laporkan kepada syarikat air asia mengenai penggunaan patent Tune yang mengelirukan pengguna..hakikatnya mereka bukanlah anak syarikat Airasia...mereka menggunakan alasan tersebut untuk mengukukah syarikat mereka yang PENIPU tu....Airasia boleh mengemukakan saman terhadap mereka dan membuat laporan di Myipo kerana penyalahgunaan tersebut.

    ReplyDelete
  70. saya pun kena tipu semalam tp terlambat....coz dgr kena byr rm10k terus takut ....sy terus byr di smartbiz excel s/b....mcm mane nak buat tipah tetipu...nak tuntut tp x tau carenyee....

    ReplyDelete
  71. saya dah kene semua perkara yg anda semua kene, skang ni rasa nak bagi penumbuk jer kat dia.masa saya g tribunal, yer2 dia macma nak berlawan, pastu dtg lmbt, penakut, pastu batalkan award. bila dgr semula kes, trus tak datang,esok 14 hb saya akan ke KPDNKK untuk submit report sbb diorg tak bayar pada sya...kita tunggu sama2..nak tau maklumat lanjut boleh hubungi saya erul_83@yahoo.com...INGT mereka gunakan modus operandi yg sama..call org kata kene saman, bayar 1598 baru saman ditarik balikk...kepala bapak dia ngajau..saya mmg geram betul dgn dia...masa saya g pejabt dia kat setapak, ada la peg yg incharge bhgian cstmer Srvs, nama dia rina kalau tak silap, semua yg kene tipu pakat ramai2 fon dia, tanya, bagi dia panas skit...baru2 ni dia kata compony dah tutup,,dia ingat dia senang agaknya..tunggu la tndakan undang2...ni no dia 0162011076
    kerja menipu jer diorg ni

    ReplyDelete
  72. wuuu~
    klu btul sykt 2 penipu n ramai yg dh kna tipu nape sykt diorg still beroperasi lg??
    saya pn dh kna tipu gak la cmni....br je register byr rm689 masa semiggu before raya aritu....=(

    ReplyDelete
  73. MH Holiday pun tawarkan pakej seakan-akan sama dengan iTune atau Fortune...adakah syarikat MH Holiday pun tipu pengguna???saya telah register utk pakej RM998 utk lifetime membership...ada apa2 maklumat tak untuk mengenai syarikat ni...plz help...huhuhu

    ReplyDelete
  74. uwaaa...if camni i & my fren pon da terkena la ni..dia promote kat ampang park 23 March 2011 ari tu..Dia kata just booking 60 hinggit je if x buat payment around 1 year duit tu burn je la..alih2 23 Sept (jumaat lepas) ada blocked no call dia ckp dia dr lawyer firm sbb i x bayar balance 698 ni secara ansuran selama 6 bulan dia nak keluar kan saman RM 10 ribu hinggit..bertarikh 24 Sept..saya jadi gelabah jap terkejut coz dlm agreement xde pon ckp smpai mcm tu..blocked calling no tu bg i no hp nama person tu Kamarul from 4Tune.I call balik tny tp that guy suara yg sama yg mengaku ala2 lawyer tu..Dia cakap dengan I dia akan buat penarikan surat saman but i hav to paid the balance amount before 5pm on 23 Sept tu..Kelam kabut I g bayar balance RM638 & dia kata dia akan hantar surat penarikan saman,membership card & voucher ..lepas tu pagi2 tadi I call balik ofis dorg xde sp yg agkt..I call tribunal pengguna & tribunal pengguna mintak I buat report to follow up this case..so rasa2 boleh x dia refund balik duit I ni..dah la menipu konon2 dr lawyer firm songlap duit org lak tu..haih

    ReplyDelete
  75. Saya pernah bayar deposit RM100 pada 16 Jan 2010 di Mydin Mall, K. Trg. Smp setahun, saya mohon tuntut deposit semula, mcm2 karenah, no faks bertukar la, proses makan masa la, smp skrg masih tak dapat balik deposit..next time kena hati2..

    ReplyDelete
  76. hai geng..mana-mana yang dah bayar dan tkena dgn 4tune Itune ni jgn tunggu!!!!report!!!!

    ReplyDelete
  77. nsib baik sempat google.. dh nk swap CC dh td.. sy hold dlu.. dh tukar nama MH Holiday pakej RM998+ free holiday 4H3M asian cntry + 2H1M lokal.. tmpat kejadian TESCO PENANG.. huh! nyaris.. cara ckp pun dh timbul syak.. 200 ahli 1malaysia mmg xlojik.. kad pun murah..

    ReplyDelete
  78. hai..saya dari bintulu. Tadi petang pun saya terima panggilan dr mahkamal KL bgtu sye kena saman 10k. Gara 4tune tu la. Haritu cuma bayar 100 je. Cam mana ni? Nak buat polis report ke? Masih lagi gementar ni...

    ReplyDelete
  79. Hi, sye dri Kuching, Sarawak..Alamak..tul ke nie.. sye baru jer register kat Choice supermall samariang smlm.. Rm398 & sye deposit Rm60.. mereka skang tengah beroperasi kat sarawak.. dan dengar2 diaorng start dari hri nie pegi Kuching Giant 10mile...Pandai tul diorg siap simpan "last day" word di booth diaorg... mungkin kat semenanjung aktiviti diaorg dh dihidu kot.. dan sebab tu diaorg pegi sarawak or sabah plak.. tolonglah..seseorng buat sesuatu dgn penipu2 nie semua.. boleh refund balik ke Rm60 tu..???

    ReplyDelete
  80. kesimpulan, MH Holiday = Penipu.
    Tips kalau jumpa dorg lagi,

    1. cuba minta brochure/templates. sbb apa? ckp je ngn dorg nk tengok pakej, harga, dll. td sy mintak, tp dorg tak kasi. sbb apa?? question mark di situ??

    2. cuba perhatikan sampel kad membership.. tengok no siri pada smua kad yg dorg buat.. sama kot utk smua??

    3. strategi pemasaran, dorg akan ckp, kebanyakan student amik rm398, pekerja biasa rm698 klu utk kebnykan staf gomen rm998. stiap pakej ada tambahan voucher. wow~ amazing

    4. nasib baik aku tak bayar lagi.. keke :p

    insan yg baru pulang dari GIANT, KOTA PADAWAN ptg td (25 Okt 2011: 3.00pm)

    ReplyDelete
  81. mmg penipu diorang ni...baru2 ni org yg kononny anama khairul wakil syarikat smartbiz balas mesej saya...dia kata saya hanya pekerja, tak tau pun syarikat menipu pengguna..mmg setan bertopengkan manusia!!! pastu kata bos dah kene tangkap la..syarikat dah kene sita..tapi sampai bulan 10 ni pun ada buat kol lagi tipu org...insyaAllah..dia akan dapat balasan..dia rasanya oorg islam, tapi dia buat kerja menipu org seolah2 Allah tidak mampu melihat n tak tahu tentang perbuatan dia...skit lagi masa untuk dia..tak per...tunggu je...dia akn disaman...bos dia bernama Megat Hafisham la...ternyata dia agen pelancongan MH holiday tu. kalau dia baca komen ni mesti dia tukar gambar n blok fb dia..hahaha.sbb dia ada komen dalam cari gold forum..sy dah ambil semua gambar dia melalui fb..jadi senang sikit polis nak tangkap dia...gambar clear plak tu..siap dgn bini dia lagi..anda boleh tgk sendiri..taip Megat Hafisham..dia letak gambar kahwin rasanya...tak tau la kalau sekarang dah tukar..haha...fb menjerat diri dia...kita bagi dia gembira dulu...kerja menipu...pakai kereta besar...makan duit haram!!! sepandai2 tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga..tunggu la...kalau tgk web site dia...tak der update pun..cuba explore n tgk..no yg dia suh cntact ialah no yg ada pada kad merah yg diberi pada customer...nak tgk sejauh mana kepandaian dia...

    ReplyDelete
  82. saya pon baru balek dari the zone stulang, jb. same je pakej dye, nak ahli 200 org, tinggal 15 tmpt je. yg curious nye, bisnes kad xde, pamplet xde. nasib baik x tertipu. kenapela nak tipu orang, saya dah mimpi2 nak bwk family jalan, nasib baik terfikir bende2 negative.

    ReplyDelete
  83. salam...semalam saya n hubby g jalan kat anjung nusajaya,JB...terserempak dgn pakej MH Holiday nie....ermm sbnrnya mmg saya tgh plan utk g holiday...so excited lah tgk pakej die mmg murah...tapi yg pelik bile tanya company profile die cakap tak ade...kwn die bawa g mana entah...sbb saya confuse MH Holiday nie under malaysia airline ker...dieorg kata cawangan dieorg ada kat semua air port seluruh malaysia...ermm than saya perhatikan brochure dieorg semua fotostat n tak meyakinkan...saya n hubby balik fikir n search kat internet n blog...nasib tak tertipu...

    ReplyDelete
  84. saya pun br br blk dr tesco melaka... Mh holiday tgh promo... Sm mcm kwn2 lain ckp... Nasib x tertipu...

    ReplyDelete
  85. Mh hoLIday sdg bt promo di tesco melaka. Sy mmg da nak msuk. Nak deposit rm 50 dulu coz dia kata tggl 6 card je.. Hampeh.. Tipu rupenye.. Sy ni kije gomen.. Pastu dia kata org kije gomen terutama cikgu rmi yg msuk... Mujur sy bg reason nak tny hubby dulu coz hubby xde sama... Hubby kata hold dulu... Bila da blk sy pon bkk la ggle... Ha.. Betullll. Mmg tipu... Siap dia tunjukk kat sy ada org nak mntk buat kuotation g paris.. Sy tgok mcm best je.. Tu yg terangkat kejap.. Pergh. Mujur x masuk... Tapi ehhh... Mcm mn cara yg ok n tak tipu klu mmg kita nak melancong... Ada plan nak g beijing tapi sy x brape suka ikut pakej rmi2. Nak jln dgn hubby n anak2 je.. Travel agencies mn yg paling best yang korag da penah pegi...?

    ReplyDelete
  86. Yess. Mmg teruk kena tipu --' Kenapa diorang kurang ajar sgt pun taktahu. Kesian my parent dah bayar Rm1000 time diorang buat promotion di Taiping Sentral. Then time tu cakap lain sekarang jadi lain. Mmg tak patut.

    ReplyDelete
  87. hello. i join this travel agency mh holiday. check dgn SSM, and company ni betul ada. betul ke diorg tipu? kalau betul tipu i need evidence. cause i nak lapor and mintak refund balik. since diorg akan buat promo dekat my place ni sampai hari ini. anyone please help. thank you so much!!

    ReplyDelete
  88. dia org kat bintulu sekarang..under MH HOLIDAY..i got my money back after 5 min i pay deposit for dem..coz..byk tipu kalau fikir balik..b4 ni ifly package..n pelik package tu sama harga..mcm same company tapi tukar nama sana sini...be careful la....

    ReplyDelete
  89. Huu..nasib baik x termakan janji MH Holiday kt Mydin Melaka .Diorang pun cakap mcm2.Bila minta kad bisnes n no fon, x bg..alasan promosi sampai hari ni je...(Kt Mydin Melaka 11/12/2011)

    ReplyDelete
  90. salam... sy nk tanye.. adekah itune ni sama dengan 'tune dimension'? sy pon penah terkena.. opis diorg kt melaka..tp sy kt ipoh.. diorg bukak booth kt ipoh.. bkn sy sorg je terkena.. ramai lg yg kena tipu..modus operandi dia sama mcm encik kena..

    ReplyDelete
  91. Kita kena buat laporan polis utk mendakwa pemilik syarikat MH Holiday agar mereka tidak lagi sewenang-wenangnya menipu org ramai lg...pihak kementerian seharusnya memantau kegiatan ini, bknnya terus membiarkan perkara ni berlaku...saya telah membuat aduan kpd pihak kementerian tp gejala penipuan ni msh berlaku...kalau check SSM, pemilik MH Holiday ialah isteri Megat tu...

    ReplyDelete
  92. salam.


    Saya pun rasa saya kena tipu.....saya ada masuk jadi ahli itune last year ( tak ingat plak bulan bila)...tapi sampai sekarang call no fon yang dia bagi tu 03-42806389 tak dapat2 .ingatkan nak ambiklah percutian percuma tu.......nampaknya haguslah duit ...ambik pakej vip. :(.....

    ReplyDelete
  93. as salam...

    Saya dah jadi ahli tune holiday dekat 3 tahun... mmg B*****T betul company tu.. skang dia dah tukar nama, kat web pun dah takde.. dlu rm 388 saya kena bayar, bile sy nak booking terus dia kata selepas 1 minggu. sy col pejabat, dia kata diskaun utk flight hanya 1% sahaja.. mmg bengang giler babun...!!! mcm S**L dah org2 kat company tu... baru2 ni aku saja col pej mggunakan no fon lama, dapat, tapi nama syarikat tu takde, org yg angkat fon tu cakap dulu tune holiday ni tak bayar sewa dan ramai col office ni minta dipulangkan duit... sampai skang masih tiada tindakan yang diambil.

    Saya pernah buat aduan bahagian perlancongan tapi satu apa pun tak reply balik... mmg aku begang sangat2.

    skang aku dah tak caya dah ng penjual2, lantak ko lah, ko tu agensi berdaftar ke atau tidak.. yang penting semua penipuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

    ReplyDelete
  94. agaknye duit deposit rm60 tu dapat balik ke tak ek..?

    ReplyDelete
  95. semalam ada sorang pompuan call no 019-2291795 mintak baki RM 638 suruh bankin ke akaun maybank atas nama REAL SYNERGY sebab sebelum ni sy cuma bayar RM 60./-sy kata takde masa, then dia seboleh2nya suruh sy bankin juga selewat2nya hari ni, klu tak dia akan hantar surat saman..

    semalam sy surf kt internet cari pasal fortune nih then jumpa la blog nih.. website dia memang dh tak boleh akses

    pagi tadi pompuan tu call lagi tanya pasal payment, then sy jawab la sy tak bayar lagi dan tak akan bayar coz dh tahu dia penipu..kemudian dia ugut sy nak hantar surat saman. memang bengang la, dh la tipu org pastu nak saman org plak.. sy tanya nama, dia ckp ida je pastu sy mintak nama penuh dgn ic, terus dia letak telepon.. f**k punya kompeni!!!!!!

    ReplyDelete
  96. nak tanya, adakah promoter tu melayu atau india muslim,?????

    ReplyDelete
  97. hye..untuk pengetahuan semua..MH Holiday dan 4tune memg dalangnya adalah orang yang sama..mengaut keuntungan demi kesenangan diri dan keluarganya.menurut sumber-sumber yang pernah berhubungan dengan megat ni.memang dia dah tipu ramai orang..dan pernah diistiharkan bankrap tapi tak pernah serik sebab masih ramai mangsanya di luar sana..dan yang paling baru asyik bertukar tukar kereta mewah hanya untuk memenuhi permintaan isterinya dan berhabis untuk isteri baru...dalam fb tu kereta lama,kereta baru tidak diupload untuk menutupi segala pembohongan.selain mh holiday,4tune..hr holiday pun berkaitan dengan megat ni.nampak sangat dia putar belit.so mangsa-mangsa diluar sana segera ambil tindakan.jangan biar dia berseronok dengan duit titik peluh kita..saya dah report harap anda semua boleh report juga supaya bila ramai2 yang report pihak kpdn akan segera ambil tindakan..oleh kerana dia menipu.. saya doakan dia dan isterinya cepat gulung tikar dan semua hartanya disita.AMIN...

    ReplyDelete
  98. hai saya baru mendapat panggilan PRIVATE NUMBER dan mengatakan saya akan disaman sebanyak 10K,,,sedangkan tahun lepas saya memang ada bayar rm50,tapi dia kata kalau saya bayar 100 baru activate club card n insurans..n saya fikir untuk batalkan dan dia call husband nnd nyatakan hasrat utk batalkan..tadi sampai saya bertekak kat telefon,kenapa dia masih tak batalkan permohonan saya walaupun saya tak mintak balik duit rm50 saya tu,,pas tu saya kata akan repot polis tapi dia kata akan ada masalah sbb semua ada dlam agreement..saya jumpa balik borang permohonan tapi takde nyatakan lnsg related saya dengan agreement..kad tak dapat...pas tu nak saman saya apahal???Terus dia letak call...then saya try google,barulah saya tahu 4tune n MH Holidays ni scam...maybe dorang ni terdesak nak duit sampai berani nak ugut..kalau mahkamah,mana surat notisnya?Why guna private number???Saya akan report n saya tak peduli!

    ReplyDelete
  99. setelah membaca semua kome2 tentang MH Holiday tol ke dia org ne menipu.....sya masih ragu2....

    ReplyDelete
  100. hi....

    sama la dgn saya...tp guna nama hubby saya,,,,
    masalah saya surat/resit masa daftar tu dh hilang tp sya igt sya reg dlm rm100 gtu la...dh la call gune private num..mula2 kecut perut gak la bila die kata nk saman 10k...mane x nya dh la bkn sng nk cr duit tkt gakla kena blaclist name hubby nanti...sya call en kamarul sbb en.azman (peguam kononnya) suruh settle dgn die kalo xnk kena saman...bleh plak ek surat saman kuar n bleh tarik bila2 ms kalo kita bayar habiskn package yg dh reg tu....ni mcm lega ckit la bila thu yg ni semua penipuan cuma geram sbb resit nya dh hilang ni so xleh baca ape2 syarat dlm tu....bole x korang tlg sya ade x psl saman2 ni dlm surat/resit tu?????????....bole x sape2 email sya utk kongsikan pengalaman atau story mengenai ni??? (noridahyupaiman@yahoo.com)

    ReplyDelete
  101. kalau u rasa ragu2..apakata u masuk dulu then apply pakej yang paling mahal..adiosss

    ReplyDelete
  102. apakata kalau sesapa yang boleh buat forum..tolong buat forum mengenai ni..mana2 tahu ada lg yang masih tidak tahu mengenai scam ni. pity

    ReplyDelete
  103. salam..... saya baru dapat call dari st prepuan,mintak baki deposit rm589,dah jadi rm689.katanya rm100 buat tarik surat mahkamah.yang sbtlnya dia nak tarik aku.geram btl aku!.tel tribunal,dia orang mintak 3salinan dekumen utk buat repot.esok nak gibuat repot.moga-moga jahanam kaki penipu ni(megat & bini2nya)

    ReplyDelete
  104. tak habis2 lagi rupanya laki bini ni menipu ya..

    ReplyDelete
  105. saya pun kena jugak hari ini...sampai bertekak2 ngan org yg kol guna private number...lps tu dia suruh tepon Kamarul(016-2012376) utk settle tepi...boleh plak yek kes saman boleh tarik balik...
    Letak ajer tepon terus goole website diorang..mmg dah x ada rupanya...penipu betul,nasib baik cuma bayar rm50 ajer dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak MH holiday ni Itune ke?

      Delete
  106. hapuskan megat,bini2nya dan MH Holiday..memang penipu..makan duit haram..tak senang hidup.asal dah takde page MH Holiday dalam fb..tau takut org komplen bukan2..pulangkan duit aku balik...ada hati bini megat tu nak buka butik guna duit kita..aku doa tak sempat buka bankrap dulu..

    ReplyDelete