Pages

Monday, November 30, 2009

kad lagi....

saya ada sedikit kegusaran sekarang
petang tadi kawan saya sms

"jie, bile tarikh majlisnye?"

sangat terkejut dengan soalan tu sebab saya dah hantar kad lebih kurang 2 minggu yang lepas pada dia.

dan malam ni saya call kawan2 saya. ada yang kata dah dapat, tapi yang tak bestnya ade jugak yang belum dapat

adoi lah! camane ni... takkan nk pegi pos malaysia tanya kot?

p/s : kadang2 rasa penat dan pening pulak urus hal kawen2 ni. nape lah dulu tak pikir utk nikah jer? huhuhu... cobaan betul!

rozet yang sempoi itu...

okey *rasa mcm nak gelakkan diri sendiri sekarang*...

sebenarnya memang memula cadang mcm nak share diy pasal rozet ni.
tapi bila dah siap rasa mcm sempoi giler. malu lah pulak. hahaha...

sampailah 2 gadis ini, huda and mrs.drac nak tgk rozet ituuu... :p

okeylah,
sebenarnya saya guna semua bahan2 yang sedia ada lebihan dari buat bunga pahar dulu. yang saya beli cuma bunga kecik2 yg kat tengah2 rozet tu jer. tu pun beli sebab murah.. sepeket cuma 50 sen je. ada dalam 18 kuntum kot kalau tak silap. saya beli 5 peket. baru rm 2.50... *tp kalau tgk harga asal dia mmg tak beli lah. huhuhu....*

antara yang berjaya membabitkan diri dalam proses menghasilkan rozet ini:


baiklah...
sekarang kita proceed cara nak buat. mmg giler kentang senang lah. mcm buat aktiviti dalam kelas pendidikan seni. hehehe...

1) gunting reben organza dalam 10-12 cm, ikat dawai tgh2 dia. masa nak lilit riben organza tu dgn dawai, letak pin skali kat bahagian belakang. nanti jadik lah macam ni.


2) pastu step kedua, saya letak duit seringgit yang digulung *pening taktau camne nak gubah duit tu. sudahnye gulung sajer :p* saya gulung dgn reben dan lilit dgn dawai. so, masa gam, takdelah kena pd duit tu. dan lagi, senang org boleh tarik keluar jer duit tu dari rozet...


3) then, gunting riben satin agak2 lah kan...pastu gam jer dgn bunga kecik2 atas riben tu...

4) step akhir sekali, gam jer yg no. 3 pada no.2, pastu gam pulak pada no.1.

dan hasilnya:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hehehe...poyo jer...

macam lah saspen sangat. camni jer rupe rozet saya ;)


renung-renungkan dan selamat ber'd.i.y'
;p



p/s: psssttt... faryn, ini lah rozet. alah, yg org semat kat baju tu... biasanya penanggah atau family pengantin yg pakai *aku pun baru jer tau :p*

cerita semalam

semalam,
saya buat roset *asyik nak sebut benda nih as korset jer..*
malu nak tunjuk gambar. sangat biasa :P

semalam,
my bff and i pegi kamdar. kami cari kain utk buat backdrop meja beradap. kalau sewa kat caterer pun dah rm100. rs macam baik buat sendiri.
nah! beli kain satin tak sampai pun rm50. jimattttttt.heee..*i loike!*
dan lebih best lagi, mak my bff kata dia nak jaitkan. suke2... saya pun cuma nak backdrop yg simple saje... *i love u cik faizah*

semalam,
singgah sin yin carik bunga manggar
confuse la... utk sepokok *erk!sepokok kah?* bunga manggar kena cucuk berapa lidi bunga manggar eh? 20 cukup tak?

semalam,
saya cuba2 lah nak letak barang hantaran atas dulang.
utk barang2 hantaran lain mcm okey. tapi bile letak jer kasut en. tun yg saiz raksasa tu, huh! rosak terus pemandangan
sebab dulangnya bersaiz agak kecik.
oh yer! saya buat keputusan tanak sewa dulang berkaki sebab mls nak buat alas dulang lagi
so, saya beli jer dulang yg berkaki pendek yg jual kat mydin tu. huhuhu...

okey, itu cerita semalam. hari ni saya nak continue buat rozet yang terbengkalai akibat dari aktiviti2 semalam...

see yaaa....
Saturday, November 28, 2009

please... tidak mau yang renyuk okey!

tadi siang saya pegi jumpa caterer. saya rasa sangat best bila saya berjaya cakap mcm ni

"kak, saya tanak scallop renyuk eh. hari tu saya pegi wedding kawan kat putrajaya, scallop dia renyuk"

akak tu macam terkesima *terkesima okey...terkesima*. dia cuma jawab,

"eh, tak...kita pakai kain jersey"

iyolah tu kak oiiii...*okey, ini cakap dalam hati jer*

tapi saya tetap rasa

yes! yes! yes!

bangga giler dapat jugak luahkan hal tu... *syarela kalau awak baca, kita dah ckp apa yg kita nak sangat cakap. hehehe...*

ok, keputusannya kita tunggu hari dia pasang scallop nanti. kalau renyuk, saya kasik iron kat pekerja dia *erk! yer ke nak buat camtu?*
Thursday, November 26, 2009

siang berganti malam

okey, sila abaikan tajuk yang macam bagus tuh...

siang tadi saya bengang sebab baju utk bertandang tak siap2 lagi. janji before disember. ni dah nak berakhir pun disember. dah lah tu langsung tak bagi kabar berita!*ini punca kebengangan* jadi saya suruh en. tun tanya, jawapannya minggu depan boleh datang.

baiklah... saya dengar kata kamu. minggu depan saya datang. tapi dalam hati saya, saya tak suka kamu. kamu mungkin boleh saya kategorikan sebagai salah satu daripada bridal yang sangat lemah dalam menjaga hati customer kamu. pr kamu tidak bagus!


*ok, tarik nafas sekarang*


tapi malam ni emosi telah dinaturalkan kembali setelah pulang dari berbincang dengan kak arien tentang pelamin. sangat senang dan lega di hati *thanks kak. u help me a lot... u know i am very-the-budget kan :p*


okey tu jer... till then, babai....




oh yer! selamat hari raya aidil adha... :)
Wednesday, November 25, 2009

10 perkara yang menakutkan di hari perkahwinan saya

*senarai disusun mengikut tahap ketakutan/kerisauan*

1) hujan sepanjang hari. siap ade guruh, kilat dan petir bagai *nanti sian kat huda. mesti dia terus cancel takmo dtg wedding saya :(*

2) tetamu tak ramai yang berjaya menghadirkan diri. majlis sunyi sepi dan lengang sekali... *selalunya sebab no 1 akan mempengaruhi yang no2 ni*

3) dan bila yang no2 terjadi, saya risaukan makanan banyak yang tak habis

4) atau pun vice versa dari sebab no 2 dan 3, makanan tak cukup pulak. baru pukul 2, nasi dah takde *oh! takutnye..*

5) tiba- tiba blackout. takpun bekalan air terputus *ni pernah jadik masa my engagement tahun lepas. time haku nak bertunang, time tu jugak lah dorang sibuk nak tutup saluran air sebab nak ganti tangki. dahlah tak bagi notis. geramm!*

6) saya bersin dan bersin dan bersin masa tengah bersanding. ini memang ngeri kalau terjadi. sebab bila saya bersin, nescaya saya akan terus selsema *yer, saya ada masalah resdung yang agak kronik*

7) jerawat dengan tiba2nya membiak dan bukan setakat membiak. dia membesar pulak bagai johan

8) period pain! tersengih2 lah macam kerang busuk atas pelamin tuh. konon2 ceria dan gembira padahal terkulat2 tahan sakit *dahlah sebulan 2 ni menstrual cycle mcm tak berapa nak betul*

9) puan andam datang lambat. saya jadik kalut. lepas tu saya menangis...dan menangis dan menangis *okey, ini tak tipu. saya memang macam tu.kalau saya dah start nangis, air mata mcm meriah giler keluar. susah nak benti*

10) takde sape tulis kat buku tetamu *hahaha...yang ni memang tah hape2. buat pun tak lagi*

oh yer! semenjak dua menjak ni, my friend kan suka tanya soalan cepu yang mencemaskan

" takut tak nak menghadapi malam pertama?"

dan jawapan saya,

"ish!korang ni..."

errr....tapi kan, tak taulah kalau 'perkara' ini patut dimasukkan dalam senarai yang ke-11 :p

okeylah, buat masa ni... ini jer yang paling saya risaukan. kalau yang betul2, lebih lagi nih. tapi kalau tulis semua kang, dah macam boleh buat cerpen PEREMPUAN MAHU KAWEN YANG PARANOIA. merepek jer bila pikir balik. benda2 kecik dan tak logik pun nak dirisau dan dinegatifkan... :p

nauzubillah... mintak2 lah dijauhkan dari segala kesukaran dan dipermudahkan segala urusan :)
Tuesday, November 24, 2009

wrong timing!

orang lain time nak kawen menguruskan badan
tiba saya, berat badan naik pulak!
hadoi lah...

patutlah masa nak try baju nikah hari tu sampai kena joget2, loncat2 nak pakai baju kurung moden tu...
sampai luruh2 segala manik baru lepas tang punggung...
tu pun tak sedar jugak lagi!

sampai lah sabtu lepas masa saya nak pegi kenduri pali, saya cuba lah melaram dengan baju kurung moden masa saya bertunang dulu

masa tu dah nampak dah kebuncitan dan kebesaran tang punggung dan peha. tapi cuba jugak buat2 tak nampak sebab ada suara yang cakap dalam hati

"mungkin nampak buncit sebab kau baru lepas sarapan kot"
*ayat tak boleh blah. nampak sgt nak sedapkan hati sendiri*

sampailah abah saya pulak yang bersuara, "dah. lepas ni jangan pakai baju ni lagi. nampak ketat, gemok"

ouchhhh!!! memang ke? takkk!!!

dan esoknya pulak my bff cakap,

"kau ni gemok tak kena tempat lah. bulan depan kan kau nak kawen. nanti beli korset..."


auwaaaa....maknanya betul lah ni

patutlah try baju nikah sampai kena joget2. ni belum try baju sanding lagi ni. agagaga...

p/s : saya tak kisah bila berat saya naik. sebab sebelum ni org asyik tanya saya "sakit ke? kurus sangat..." tapi saya kisah bila perut buncit dan peha besar macam drummet ayamas... ;p

tapi saya rasa chubby = chomel. kan? ;)
Sunday, November 22, 2009

pengantins...

hujung minggu lepas diisytiharkan sebagai hari makan nasi minyak.
serius best giler bila b2b pegi majlis kawen orang lain..*cuci mata carik ilham*

sabtu (21/11/09)

saya, en. tun, pokchek, mek ti dan awe bersama2 anak chomelnya yang giler pipi tembab kening cantek pegi wedding pali kat seremban. berpusing2 cari dewan. u-turn jangan cite lah bape kali. mujur sudahnya jumpa jugak.

moral of the story: to b2b, bila buat map tu jangan lah simple sangat. bagi lah land mark tu detail sikit. grrrr... *hopefully map pd card saya tidak akan menyesatkan tetamu. hahaha...*

kami pegi majlis belah perempuan sebenarnya sebab majlis yang lelaki jauh nun kat perlis dan seminggu sebelum saya kawen. atas dasar kawan masa sama2 pegi kelas jalan kaki dulu, kami sepakat pegi jugaklah. tapi belah perempuan... en. tun pun kata, "sedih kalau kawan2 kawen takde kawan2 yang pegi kan.."
*hopefully masa kite kawen nanti pun ade kawan2 yang sudi datang kan sayang*

tapi kami macam sedikit kuciwa dgn pengantin perempuan, agak sombong *sori lah pali*... tapi memang itu yang kami rs. mana taknye, sampai 4 kali ajak bergambar. asyik lari2 je... masa kawan saya perkenalkan kami, dia menoleh jer lepas tu terus berborak dgn kawan2 dia. dan yang paling bengangnya, tengah2 kami bersembang dengan si suami, boleh pulak dia tarik suami dia utk bergambar dengan kawan2 dia...

haih... memang agak bengang lah dengan situasi tu. tegang! sume terdiam... sebab nak mengawal emosi sume orang yang dah nampak down, terus jer saya ajak dorang pegi makan dulu...

en. tun merungut jugak. tapi saya cakap pada dia, jangan... sebab kita taktau ape pulak situasinya bila majlis kita nanti. memang seboleh2nya nak layan semua tetamu yang hadir... tapi kadang2 kita tak sedar dan tak terlayan sebab ramai tetamu time tu.

apapun, saya jadikkan ini sebagai peringatan pada diri saya supaya alert pada setiap tetamu. walau tak dapat bersembang lama, sekadar bersalaman dan senyum pun dah ok rasanya...

oh yer! majlis ni majlis dua beradik sekali. adik dan kakak.. first time pegi wedding 2 pasangan dan pelamin pun agak besar


ahad (22/11/09)

saya jadik peneman kak chik pegi wedding kawan2 dia. first wedding, kat dewan serbaguna presint 16, putajaya. tema maroon silver. pelamin yang cantek. fully fresh flowers. dari pintu gerbang, walkway sampailah ke pelamin... sume bunga hidup. combination red roses+white orchids *luv it!*

katering dorang pun dari sri angsana. makanan sedap. tapi yang tak bestnya scallop dia mcm renyuk... :( *tanak scallop renyuk*

wedding kedua kat taman melati. kitorang sampai dlm pukul 3.30pm... majlis pun dah berakhir. kami tak makan pun *dah pulun cukup2 tadi*. so, saya dengan gembiranya jadik photog amek gambar kak chik dan kawan2 itm dia ;) *serius seronok tengok dorang ramai2 datang wedding kawan dorang*.

pengantin pakai baju silver tau... cantek! *tibe2 tak sabar nak tgk baju sendiri ;p*


pelamin pun cantek. kalau tgk design pelamin mcm dari rins. tapi tak taulah sebab sekarang pun dah banyak bridal yg buat pelamin white panel mcm ni kan...

dan... dan....
saya perasan satu perkara yang sama mcm first wedding yg kat putrajaya tadi. scallop kat wedding kedua ni pun renyuk...

errr... ke, memang saje direnyukkan nak bagi nampak effect? *ala2 berseni lah konon. tapi mcm tak logik pulak* atau memang caterer yang jenis malas giler nak gosok scallop dan sarung kerusi vip yg renyuk?

masalah jugak nih...

p/s: macam poyo tak saya kalau saya pesan pada caterer supaya gosok kain scallop sebelum di gantung pd kanopi?

geram betul kenapa tak boleh nak upload gambar. berjam2 tunggu 1 gambar jer boleh upload. grrrr.... nanti bila dah boley, saya kasi up semua gambar...
Friday, November 20, 2009

guest book

teringin nak buat guest book masa wedding saya nanti
tapi bila pikir balik guest book mcm sesuai kalau buat majlis kat dewan atau hotel jer...
majlis kat rumah mana pulak nak letak guest book tu kan..?
tambah pulak tetamu boleh datang dari pelbagai sudut *lagi2 rumah yg jenis bertingkat mcm saya. ada banyak laluan...*

kalau boleh macam tanak guna buku *erk!tapi panggil guest book*
pening jugak pikir
heee...ni pun nak pening. tapi bila google, mcm2 jumpa. giler kentang memang menarik lah idea dorang2 ni...

contoh yang macam ni. confirm kat malaysia belum ada orang buat lagi nih.

pic from here
kalau tetiba banyak batu kat sungai congkak hilang, u know why! hahaha...

tapi macam berkenan jugak dengan yang ni...

tapi kan, kalau lah tetiba datang angin monsun barat darat..
mau haru-biru ni...jadik musim luruh pulak kang

yang macam ni pun macam best jugak..

tapi kan yang sebenarnya, saya pernah terpikir nak buat macam ni tau..."wish jar"


tapi *tapi lagi* saya nak tukar buat "wish cage". hehehe.... *pasal nak letak dalam sangkar la konon2nya* ala2...macam ni lah dalam imaginasi saya


pastu nak buat scrap book tepek2 segala bagai ucapan dari guest...

tapi.... *again!*

ni angan-anganan saya jer lah... as usual. berangan memang indah kan...

terlaksana ke tak, tak tau lah lagi... :(
Thursday, November 19, 2009

dah mula rasa dah ni...

semalam saya sibuk ber'sms' dgn kawan2 lama ms sekolah menengah dulu...mintak alamat
orang pertama saya hantar sms, syarela erin...*saya suka nama dia. mcm nama baby*
tengah dok tot..tet..tot..tet...

skali rupanya, wedding kami sama hari (19/12) nikah pun sama (18/12) dan yang paling best nikah pun di masjid yang sama. cuma dia selamat dulu lah..dia nikah pukul 3, saya pukul 5. dan nak ditambah lagi kebetulannya, kami pun amek katerer yang sama. hahaaha...funny! what a coincidence...

dah sah2 lah masing2 tak dapat nak attend wedding masing2 kan...
tapi kate syarela "wak, nanti kita jumpa and exchange card ek..best ni, kita kawen hari yang sama. kenangan..."

saya tau, ade 4 orang kawan yang kawen sama dengan saya----------------> so, boleh lah kami celebrate wedding anniversary sama2. hahaha...

lepas tu saya ber'sms' dengan siti nordiana. kawan sekolah rendah... masa wedding dia lah saya kenal angsana katering. sebab lauk kat wedding dia sangat sedap. especially the nasi. so, nak tanya ape nama nasi yg angsana sediakan masa wedding dia...*nak jugak nasi mcm tu. hehehe...*

diana tinggalkan pesan yang saya rasa sangat bermakna buat saya:

"babe, esok lah aku bagitau eh? mak aku dah tido.
neway, jaga diri baik2 tau. jangan keluar malam sangat. jaga kesihatan, jaga perasaan semua orang. insyaAllah, u'll be the happiest women on ur wed nanti ;) "



saya rasa memang betul apa yang diana pesan "jaga perasaan semua orang"...
sebab lately ni mcm cepat jer nak hangin. asal tak kena sikit mesti nak melenting, nak terasa...
abah saya cakap, "19 hb nanti mesti ade banyak wedding. macam ramai jer tak datang rumah kita nanti..."

tu pun saya dah terasa hati...haih!
adakah itu tanda2 debaran? ;p
Wednesday, November 18, 2009

GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA

terima kasih daun keladi

kepada MG yang murah hati

pertandingan ini menarik sekali

harap-harap ade rezeki


Merisik Gallery nama diberi

gubahan hantaran cantik sekali

pelamin dan hiasan indah berseni

sekali pandang terpaut hati


ros dan lily harum mewangi

ingin dijadikan gubahan sendiri

harap MG sudi memberi

gubahan indah buatku nanti


tema yang moden dan kontemporari

coklat dan silver warna diingini

berbunga putih bersih dan suci

dihias atas dulang berkaki


alas dihias cantik berjemeki

dulang hantaran berbagai segi

harap impian tercapai nanti

hasil sentuhan dari MG




Azian & Naza
Pernikahan : 18/12/2009

MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST

Hi Peeps,

Masih tercari2 penggubah hantaran untuk majlis perkahwinan korang? Atau dah pening tak tahu nak gubah gubahan sendiri? Atau tak cukup budget nak gubahan fresh flowers?

Here the good news!!!!!!!!

We would like to invite all of u to join the contest below which organized by MERISIK GALLERY! yeay!

Hadiahnya berupa :

PERCUMA 5 DULANG HANTARAN FRESH FLOWERS WITH ANY THEME COLORS!!!!

Cara Penyertaan:

  • Jadi FOLLOWER Merisik Gallery di blog ini
  • Letakkan banner promosi cuti sekolah ini di side bar blog anda dan link ke entry ini (pastikan anda link blog ini; jika tidak link, bermakna disqualified)

  • Jadikan entry ini STICKY POST/MODE sehingga 18 November 2009
  • Buat entry mengenai GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA dan link kan entry peraduan ini di entry anda
  • Nyatakan nama anda, nama pasangan dan tarikh perkahwinan anda
  • Pergi ke http://merisikgallery.fotopages.com dan pilih 1 hantaran yang kami pernah buat yang paling anda suka. Kemudian, paste juga gambar dari fotopages kami tersebut di entry anda
  • Pastikan tajuk entry anda ialah MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST
  • Sesudah lengkap semua perkara di atas, tinggalkan komen Merisik Gallery berserta link ke entry anda untuk kami hakimi
Syarat Penyertaan:

  • Tarikh perkahwinan anda mestilah antara 20 November 2009 sehingga 31 Disember 2010
  • Terbuka kepada bakal2 pengantin
  • Entry anda akan diadili oleh team Merisik Gallery dan segala keputusan adalah muktamad
  • Jika anda telah terpilih sebagai pemenang, dan gubahan hantaran anda melebihi dari 5 dulang dan anda ingin menambah lagi beberapa dulang, harga istimewa akan diberikan!
  • Gubahan sireh junjung tidak termasuk dalam promosi ini
  • Jika kami dapati entry anda bukan entry sticky sebelum 18 November 2009, secara automotik anda akan terkeluar dari penyertaan ini
  • Penyertaan dibuka dari 26 Oktober 2009 hingga 18 November 2009, jam 11.59pm
Jangan lepaskan peluang ini!!!!!

Nak lagi????

Untuk follower ke 100, sila e-mail merisik_gallery@yahoo.com untuk menerima hadiah misteri!!!!!!!!


tiga puluh hari lagi


ticker tunjuk 1 month until our Big Day
iaitu bersamaan dengan


yer azian, sebulan = 30 hari jer lagi okey! *tapi saya tak rasa ape2. serius!*
risau sebab saya tak risau. tahlah, mungkin sebab tak nampak ape2 lagi kot...

semalam kilah dengan her mom (cik siti) datang rumah. cik siti nak sponsor telur. yeay! thank u..thank u.. *love u cik siti*.

mcm dah lama tak update blog *lame ker...? ;p*

ok, just nak update what i did a few days ago:
  • jiran saya dengan baeknyatelah menjadi sukarelawati, datang rumah dan mintak keje.huhuhu...sangat hepi sebab ade orang yang volunteer hari2 datang rumah tanya ada ape2 nak tolong? so, dia lah yg tolong saya dalam banyak hal
  • kami dah gantung tq tag pada bunga telur
  • kad dah siap lipat dan dah siap tulis. esok atau lusa dah boleh pos
  • hadiah utk puan2 marhaban pun dah beli *sangat suka*
  • kain utk my besties pun dah beli. tinggal nak bagi jer
sekarang saya tengah dalam mood nak siapkan brown paperbag *gigih giler okey*... lepas ni nak gantung tq tag pada bakul telur dan vip gift.

weekend ni saya dan en. tun nak pegi wedding pali kat seremban and wedding kawan kak chik kat putrajaya *amek berkat.huhuhu...*


till next update,
bye.... ;)

Sunday, November 15, 2009

boleh tak kalau...

saya rasa saya taknak guna kompang lah masa bersanding nanti...
tapi takpe ke eh?

kompang best time pengantin tengah berarak masuk. tapi kalau dah lama sangat kompang tu berbunyi macam bingit pulak telinga *kenapalah saya mcm ni kan?*

ada kawan yang cadangkan saya guna bunyi kompang dari cd jer
saya macam suka jugak dengan idea tu sebab saya boleh setting kompang tu berbunyi time saya masuk berarak jer. tapi... *mesti nak pikir ape orang akan kata*

kompang mengompang ni tergolong dalam adat ke eh?

huhhh.... *ni pun nak pening pikir*

ni abah saya tambah lagi satu soalan yang tak pernah saya terpikir selama ni

"nanti masa kenduri bertandang, kita nak ajak sape eh untuk jadik kepala rombongan?"

saya mcm, "hah? kepala rombongan apa pulak ni? abah lah...bapa pengantin perempuan"

then my abah said,

"yerlah, kang nanti kalau dorang jual pantun macam mana? abah tak reti nak jawab. kena lah ada kepala rombongan yang akan jadik tukang jawab pantun tu"

saya cakap mana ada jual2 pantun ni. kan dorang buat kat dewan...

"tapi kalau kat negeri sembilan ada tau. siap ada duit adat lagi"

alahhh...abah oiii...anak mu ini nak kawen dengan orang perak. takde kot pantun2 tuh *eh, tiba2 saya pulak jadik nerves macam mana kalau ade?*

Saturday, November 14, 2009

aktiviti hari ini

minggu ni ade majlis kawen kat blok saya...
weee...best! dah lama tak tengok orang kawen.
kepoche giler saya semalam jengok dari tingkap bilik intai orang pasang pelamin ;p
pelamin tema kaler coklat...

okey, aktiviti hari ini

lebih kurang pukul 12 lebih en. tun jemput saya kat rumah terus pegi taman nirwana, ampang
jumpa katerer
bincang2 pasal kaler untuk scallop, buat penambahan lagi 1 canopy dan tambah lagi 200 pax *kawan2 saya masa diploma dulu boleh pulak announced kat fb nak buat reunion time saya kawen...wow! heee...*
dan, pa system + dj pun amek skali kat katerer.
sebenarnya saya cuma nak p.a system dan dj jer. takmo karaoke *takut nanti orang nyanyi jerit2 sian jiran2 saya. hehehe...* tapi sebab dah skali dalam pakej katanye, redha jer lah...
kami pun amek test food tadi. tapau nak bawak balik lah kononnya. tapi tak dan sampai rumah, dah selamat di test


pastu pegi jalan tar/masjid india, konon2 nak carik baju untuk 2 orang bidadari saya *korang, aku kasik korang title bidadari...sebab korang slalu ade time aku memerlukan. thanks besties ;)*

tapi macam biasalah, ade jer yang tak kena di mata saya, sampai en. tun cakap dalam diri saya ada 2 suara. satu kata yang positif, satu lagi akan hasut yang negatif *erk! halusinasikah?*

acara wajib bila ke jalan tar/masjid india, mesti nak jugak singgah kat sogo. sogo dah macam mydin. sangat ramai orang *eh, sape ade sogo kad? sogo ade warehouse clearance sale. esok last day tau. hbag dan sepatu sembonia murah giler. tapi saya dah kehausan bajet ;(*

tapi...tapi...
masa kat sogo tadi saya berjaya membelikan diri saya sepatu untuk nikah. yeay!*akhirnya*
sangat murah okey sepatu bersaiz cindelelah saya. after 70% diskaun, rm20.97 jer.hehehe....
mula2 ingat nak cari yang ade batu2 ala2 berlian lah konon. tapi asyik takde saiz jer *nyampah!*

nasib baik kali ni ada saiz, kalau tak mesti dah meroyan hentak2 kaki kat sogo tu. pastu ambek semua kasut yang dorang display, campak kat dinding *okey tipu, imaginasi bakal penganti saja ;p*


skali tengok macam ngada2 pulak sepatu nih

balik dari sogo singgah sekejap ke pasaraya borong dekat dengan rumah saya untuk cari lolipop nak buat doorgift untuk tetamu kecil. mula2 saya ajak en. tun pegi rawang sebab nak cari benda ni. sebab saya nampak kat blog lady noe kedai jual makanan ringan dan dia pun beli lolipop kat situ terus jer teruja gile nak pegi

tapi mujurlah saya mempunyai tunang yang berfikiran rasional tidak seperti saya yang cepat jer excited bila nak beli ape2. *hahaha...* en. tun ajak saya tengok dulu kat pasaraya yang dekat2 dengan rumah saya. lagipun ade 3 pasaraya ala2 gudang yang mungkin ada jual gula2 lolipop ni. dan hasilnya

lolipop miss strawberry *strawberry shape*

lolipop mr. butterfly *butterfly shape*

mine? lolipop si cinta hati ;p *heart shape*. lupa pulak nak amek gambo
saje jer bagi nama kat lolipop tu *tanda hati tengah berbunga riang*
hohoho!!!
harga pun agak murah. dalam satu pek ada 40pcs, harga dia rm 6 sajer

bukan tu jer rupanya brown bag pun ada kat sini. lagi murah hokey! *ponek yo den jalan2 buang lomak kat chow kit hari tu. rupanya dekat dengan rumah pun ada*

semalam saya tiba2 terfikir nak download lagu2 untuk bagi kat dj majlis nanti. mula2 macam malas. tapi bila dah mula, naik syok pulak. hahaha...

eh2, takmo lah hepi2 sangat. orang tua2 kata tak elokkan....*okey, kawal emosi sekarang azian*

till then...
bye
Thursday, November 12, 2009

sudah ambek kad

petang tadi pegi amek kad dekat lh
mula2 tengok kad saya rasa macam tak cantek pulak. hahaha...*padahal sendiri yang pandai2 tukar sane sini design kad tu*

en. tun pulak cakap kad dia lagi lawa dari saya... wah! lagi lah emo ;p *dengki*

balik2 terus tengok tq tag. dapat free 500 pcs. tapi mcm 250 jer yang berlubang. lagi separuh kena tebuk sendiri.


tengah2 sibuk buat lubang pada tag tu, datang 2 orang minah kepoche ni...hehehe....

*kaka*

*wani debok*

trade mark dorang ni kalau tengok saya buat ape2 mesti tanya,

"buat ape tueeee????"

pastu buat2 lah belek sana sini. tanya itu ini. untuk ape? berapa ringgit? beli kat mana? bla...bla...bla...tapi sebenarnya bagus juga sebab nanti dorang dengan sendirinya buat macam apa yang dorang tengok saya buat. hehehe...*tak payah disuruh*.

budak berdua ni memang suka volunteer kalau bab2 buat keje yang dorang tak pernah tengok nenek/mama dorang buat. tapi kena bersedia lah dengan macam2 soalan mencabar minda...

malam ni nak melipat kad pulak. tadi baru lipat sikit. lenguh sudah tangan...

oh yer! pada kawan2 yang dah bagi alamat, tunggu kad saya yer...*kad sempoi sajer*
tidak lupa jugak pada yang sudi ke majlis saya yang sangat tidak seberapa, sila lah tinggalkan alamat kamu... ;) saya sangat berbesar hati menjemput kamu...

till then,

babai...

HOW MANY GERMS LIVE ON YOUR CELL PHONE?

How many germs live on your cell phone?

Created by Oatmeal

Wednesday, November 11, 2009

geramnya dgn LH!!!

ni kali kedua geram dgn lh ni...
dulu masa nak tgk draft, geram jugak sebab cakap lain tapi draft tak jugak siap2
sekarang dah settle bab draft kad, bengang pasal print pulak

kalau ikutkan kate dorang(lh), dalam tempoh 10 hari lepas dah approved draft dah boleh dapat kad. kalau pakai janji dorang semalam patutnya saya dapat kad saya. tapi bila saya call staff kat lh nak tanya pasal tu, dia cakap nanti dia call kilang dan akan call saya balik. sampai petang saya tunggu *saya call pagi*, tak jugak dia call balik. dah hilang sabar, saya call dia semula dan jawapan dia

"kilang tak call saya balik lah kak. tapi saya rasa dalam 2-3 hari lagi mungkin siap lah"

okey, cuba utk sabar lagi...
dengan harapan esk *hari ni* orang dari kilang akan call saya

tapi tadi saya rasa macam tak puas hati, so call kilang terus
dan jawapan dari kilang lagi buat darah saya menyirap naik ke muka *serius!jantung tiba2 berdegup laju*

"ooo...kad u hari sabtu"

haaa...ni memang statement yang paling tak boleh blah!
saya memang betul2 marah lah time tu...

saya tak pedulik. saya cakap saya nak balik kg hari jumaat. by hook or by crook, saya nak kad saya esok!*terpaksa tipu sunat nih*

memang sangat geram lah. hari ahad ni saya nak jumpa kawan2 masa diploma dulu. my friend nasa siap amek cuti nak turun dari miri ke kl semata-mata nak temankan saya jumpa kawan2. sambil2 tu saya cadang nak lah edar kad skali kan. sambil menyelam minum air...

bayangkan lah kalau kad tak siap lagi time tu. saya memang dah tak percaya cakap org lh. walaupun dorang kata sabtu siap. nanti tiba hari sabtu, kate sabtu depan pulak!

saya memang susah nak marah. sebab perasaan kesian tu tebal sangat. tapi lain kali jangan lah berjanji itu dan ini. penuh yakin jer cakap dalam tempoh 10 hari kad siap. tapi bila tiba masanya cakap tak siap pulak...

sekarang ni saya tengah tunggu ah fong dari kilang lh call saya balik...*siap tanya nama lagi sebab kalau dia tak call, senang saya nak cari dia*

updated : saya call lh balik tadi
*see, saya jugak yang kena call balik*. esok pukul 8pm baru boleh amek kad. nasib baik cakap nak balik kg hari jumaat kan...haih!
Tuesday, November 10, 2009

terima kasih gadis-gadisku

saya rasa sangat terharu dengan kehadiran insan yang bernama kawan dalam hidup saya.
rasanya saya lebih rapat dengan golongan ni berbanding my relatives. mungkin sebab kawan2 depan mata, selalu jmpa kot...saudara mara jauh.

kadang2 sedih jugak bila pikir takde sorang pun saudara mara yang tanya tentang preparation wedding saya. untuk saya mengadu nasib mungkin tidak lah... sebab saya slalu jer pikir mungkin dorang tengah bz. bz dengan kehidupan masing2. dengan bisnes, keje, anak2, cucu...

jadik, rasa segan pulak nak mintak tolong takut kalau menyusahkan orang lain pulak nanti...

tapi syukur pada Allah. saya di anugerahkan kawan2 yang sangat prihatin dan selalu jadik tempat untuk saya mengadu dan berkongsi segalanya. tambah2 pulak saat saya tengah kalut dan nerves pikir pasal urusan kawen ni, kawan2 selalu jer di sisi. terharu sangat!
especially my two bff (azah@kak chik and su)...

dorang lah yang slalu tanya progress, ape dah buat, ape yang perlu ditolong, ape lagi tak beli, ape lagi tak siap, baju dah fitting belum...sampai progress belah en. tun pun dorang tanya ;p

rasa sangat terharu *again*

siang tadi chatting dengan both of them via fb and ym
rasa mcm sangat gembira dengan kehadiran teknologi maya ni kerna dapat menghubungkan saya dengan mereka... heee...

saya cerita dekat su psl my idea nak bagi wajik utk door gift ms nikah tapi runsing tatau nak order kat mana..

tiba2 su cakap, takpe... dia boleh suruh mak long dia buatkan wajik tu
yeay!!! rasa mcm nak lompat jer bila su ckp camtu. settle satu perkara yang slalu buat saya pening pikir *yelah, saya rs tak semua orang boleh buat wajik ni. takut berasnya tak masak atau tak manis* sampai my abah cadangkan buat dadih jer lah utk door gift.

thank you su darling.. hehehe...

tapi mungkin idea saya yang dulu tentang door gift nikah harus di modified sket. hehehe...
sebab su cakap wajik kena padat bila diletakkan dalam bekas. so, su cadangkan masukkan dalam bekas biasa yang orang letak dadih@tapai tu. dan nanti saya ingat nak tampal sticker bentuk bulat atas penutup dia. tak jadiklah letak riben bagai

wajik nanti nak letak dalam bekas
kecik yang macam belah kanan tu
source

pastu nak letak sticker bentuk bulat atas penutup dia. ala2 macam sticker ni lah.
source

tadi jugak discuss dengan dorang tentang cadangan saya nak suh dorang pakai baju sepasang *tibe2 terpikir pulak nak suh dorang berdua pakai baju sama time saya nikah*. mula2 cakap dekat su dia macam tak setuju. tapi bila tunjuk contoh, wah! dia pulak yang lebih2 excited nak... kak cik, setuju jer.

sebenarnya, bila saya tengok orang bersanding diiringi dayang2 yang pakai baju sama nampak sangat suwit *nak tiru jugak*. tapi masalahnya majoriti kawan2 saya semua dah kawen dan dah jadik ibu pun...*tiba2 rasa macam dah tua sangat pulak ;p* macam payah jer kalau nak mintak dorang jadik dayang kan... mana nak jaga baby lagi, nak jadik dayang lagi...

jadinya, tinggal lah hanya mereka berdua yang masih single mingle yang akan di lantik jadik dayang2ku buat teman bersimpuh disisi time nikah nanti ;)

this weekend nak pegi beli kain utk dorang *tak sabarnya!*

p/s: tapi semua ni hanya sebahagian dari apa yang saya rancang. takut nak gembira atau excited lebih2. sebab takut tak tercapai angan-angan tu nanti... sebab slalu jer apa yang saya bayangkan jadik yang sebaliknya ;(

Monday, November 9, 2009

dah jumpa!!!

wah! takde keje betul..buat 2 entry terus. hahaha...
okeylah, nak update sket

finally, settle sudah urusan nikah. yeay! dah boley kawen ;p
semalam saya pegi low yat. pegi sendiri naik bas sampai low yat. dah lama tak naik bus. rasa macam jakun giler sebab dah lain pulak sistem tambang bas sekarang ni... tapi sebab bas benti betul2 depan low yat. kira ok lah...

pastu tah ape angin puting beliung datang melanda, tiba2 dapat idea nak pegi chow kit. nak cari brown paper beg utk goodie bag kawan2 dan marhaban

tabah giler rasa naik monorel pegi chow kit. pastu bawak handbag macam ade duit seribu dalam tu.. *pegang hbag mcm sayang giler kat hbag* serius gerun jugak bila jalan sesorang kat sana. banyak 'orang overseas' tau kat sana... dah lah dorang beramai2 dok melepak jer...

merata jugak lah pusing mencarik kedai jual brown bag tu. memang kat chow kit ni banyak pemborong. hampir 6 kedai masuk. tapi sume takde. mcm nak give up dah. last2 jumpe jugak satu kedai ni. kocik yo kodai eh... kedai besar2 sume takde *patutlah abg kedai tu pun cakap tak semua kedai ade jual brown bag ni*. keadaan dalam dan luar kedai ni memang meriah giler. memang best kalau sape nak meniage. ade bekas2 plastik, straw, bekas polistrin tuh semua ade lah...

saya beli 2 pek brown beg ni yg saiz besar *tapi takdelah besar sangat* 100pcs/rm5.80 yang kecik sket tak ingat lah bape. kalau tak silap 100pcs/rm4.80 kot... kalau yg kaler putih mahal sket 100pcs/rm11.80 rasanya...

dah beli, rs mcm nak senyum sampai telinga jer... sebab dah settle bab paper bag. dah la tu giler jimat bajet. satu paper bag jatuh lebih kurang 10 sen jer kot *kot jer eh..tak kira betul2 pun lagi* termasuklah dengan riben. memang berbaloi-baloi lah utk b2b yang stemet macam saya nih... ;p

yeay! dah jumpa apa yang dicari

dari luar kedai. macam2 ada...meriah giler

sape nak cari bekas plastik nih pun banyak kat sini

kedai dia sederet dengan safuan plaza. dekat2 dengan kuil singh
*eh, betul ke panggil kuil singh?kalau salah mintak maaf yer*


pastu jalan kaki pegi masjid india *hebat giler rasa berjalan utk negara dari chowkit ke lrt masjid jamek. konfem turun 2kg berat badan* singgah semua house pegi syang you dan sin yin cari reben. dorang tengah buat promotin reben organza segulung rm2.50 jer. saya tanya sampai 3 x takut lah kot2 pwp ker kan.huhuhu...

pastu beli skali barang2 utk nak buat bunga telur dip utk sue nye wedding nanti...

oh, yer! my pomander ball dah siap....lalalala...
tapi ni sendiri punya versi lah. pandai2 jer letak manik *tapi sebenarnye sebab nak tutup yang lompong2 diantara bunga2 tu...*

bertungkus lumus buat bunga tu, dapat 2 bola jer rupanya... ;p


hmm.... what now?

my puan andam called me tadi, baju early december baru boleh fitting. tak sabar giler. tudung pun dah beli. yeay! *lagi*

semalam pun dah called vendor utk door gift and mintak tambah lagi 150 bahulu pecah lapan sebab abah suruh sediakan ole2 utk sedara mara jugek *saya punya doorgift adalah makanan ;)*

this weekend nak pegi jumpa caterer utk bayar sebahagian dari jumlah booking dan nak pegi nilai wif my bakal mami mertua...

sepanjang minggu ni saya nak rosakkan kuku memintal dawai utk buat dip flower su sebab start bulan depan kuku haruslah santek.

oklah, tu jer... till then, babai....

p/s : saya sekarang tengah risau sebab saya tak risau. *padahal lagi 39 hari jer...*

tailor lagi...

okey, kali ni nak cerita tentang tailor jugak. tapi yang ni bukan kena kat saya. tapi my friend. my friend ni pun nak nikah jugak bulan 1 tahun depan. kalau dgr persiapan dia, saya rasa kecik sangat. sebab sangat jauh ketinggalan dari semua aspek ;p


ok, back to the topic. my friend ni sebenarnya dah beli kain nikah yg dijadikan hantaran ms dorang bertunang. tapi mak die berkenan kain lain pulak. so, dia beli lah kain kedua yg agak mhl dari yg pertama *padahal yang pertama pun mahal jugak ;p*. bila dah ada kain mahal, ofkos lah nak carik tailor yg bagus kan...so, makcik dia pun rekemen lah butik yang agak glamer bertempat di kajang. saya pernah dengar nama butik ni sebab slalu jer masuk majalah pengantin. tapi tak pernah lagi pergi sana


my friend nak tempah baju utk nikah. kalau ikut dari apa yang dia cerita, mungkin masalah yang timbul yang buat dia bengang adalah cuma miscommunication antara dia dan tuan punya butik. dia cakap lain tuan punya butik paham lain, maka hasilnya ofkos lah jadik macam yg tuan punya butik bayangkan dan nyata jauh tersimpang dari yang kawan saya inginkan


saya tak sebelahkan sesape dalam hal ni. tapi saya paham perasaan kawan saya tu sebab saya pun b2b (bride-to-be) jugak. semuanya nak impian jadi nyata. semuanya nak yang canik dan sempurna


kawan : kau tau, aku memang dah naik darah ke muka time dia tunjuk baju tu. aku mintak lain, yang dia buat lain. yang paling aku geram bila aku cakap, dia boleh kata…''owh, salah faham lah ni''

bukannya nak mintak maaf ke ape. die terus masuk dalam*taktau lah pulak dalam mana* pastu suh pembantu dia pulak layan aku. yang mak cik aku dah terdiam. tak sangaka pulak jadik macam tu…


saya : kau beli kain ape? berapa ringgit?


kawan : tahlah, aku tak tau kain jenis ape. tapi sebab mak aku berkenan sangat kain tu, aku beli jer lah. lace 2.5m dengan satin rm750


telan air liur saya dengar. tak heranlah kalau mek tu marah. huhuhu…kalau saya mau nangis dah

hmmm…kadang2 hal macam ni agak memeningkan kepala dan menyakitkan hati bila dikenang-kenang. kesian kawan saya, sudahnya dia amek keputusan untuk sewa jer baju nikah yang lain. baju yang buat dia kecewa tu, dia cadang nak pakai untuk majlis khatam quran.


lepas jadik kes macam ni *plus my case*, saya rasa langkah terbaik dan selamat sebelum tempah baju yang mahal2 ni adalah

1) cari tailor yang betul2 kita yakin dengan hasil kerja dia

2) try dulu hantar 1 baju utk dijahit. just nak tengok hasil kerja dan jahitan dia

3) cari tailor yang mesra pelanggan. yang boleh terima dan dengar permintaan dan pendapat kita. lagi bagus kalau jugak dia boleh bagi pendapat tentang rekaan yang kita nak. sesuai ke tak dengan susuk tubuh kita

4) dan kalau ade permintaan yang lain dari yang lain atau yang tak pernah lagi tailor tu buat, elok kalau sketch dulu, tunjuk dan jelaskan kat dia. bagi dia faham


dan untuk tailor pulak, jangan lah asyik cakap ok, ok, boleh, boleh jer…

takut nanti customer mintak lain, tailor faham lain. hasilnya ofkos lah dua2 dapat kesan.

this is only my 2cent. saya pun dah terkena dengan tailor yang amek mudah dan sambil lewa jer buat keja sampai 3 pasang baju yang saya hantar, buat saya rasa nak campak jer dalam tong sampah *geram sangat. tapi tak sampai ati nak buat camtu. kesian baju yang tak bersalah*


but frankly speaking, kalau lah saya ditempat kawan saya, memang saya menangis sepanjang malam lah jawabnya. at least sampai en. tun gantikan dengan kain yang baru *hahaha…tiba2*

Thursday, November 5, 2009

tailor

tengah saya nak kemas2 bilik yang dah mcm kapal pecah tadi, baru teringat yang baju2 dlm bag belum dikeluarkan lagi.


patutlah puas carik mana peginye 3 pasang baju kurung yg saya tempah masa kat jb ari tu. rupenya ade dlm beg godang tu.


tapi yg saya bawak balik 2 jer.satu lagi saya hantar semula pd tailor tu utk dibaiki.

ckp pasal tailor ni, dah lama saya pendam rasa marah dan bengang. dari masa saya dapat baju tu lagi saya dah tergamam bila tengok outcome kain yg saya hantar. bukan tergamam sebab cantik dan kagum dengan jahitan dia. tapi sebaliknya…

ade 3 pasang kain yang saya amanahkan pada dia utk dijahit


KAIN1

saya mintak dijahit baju kurung pahang. ada orang panggil kurung riau kan... utk kain dia yang bercorak saya mintak dia buat kain lipat batik dan utk bajunya saya beli plain chiffon. konon2 nak jahit manik lah nanti.


~hasilnya, saya tak tau nak komen ape. kain sangat lah tak cantik. bila pakai tak selesa langsung. taktau nak cite camane. dah lah tu, saya taktau salah saya atau dia, benang pada permukaan kain pun tercarik2. baju dia pun saya rasa macam pelik jer *tahlah*..


kain yg selesa bagi saya macam ni.
dua2 kaki nampak bila kita berdiri

tapi kain saya macam ni.

dahlah kembang bawahnya


KAIN 2

yang kedua ni kaler purple dan saya mintak dibuat baju kurung biasa. kain ni mak teh saya hadiahkan masa engagement saya last year. taktau la ape nama kain ni. tapi kain ni jenis yg ade batu dan tersangat lah jarang. memang sengaja saya tak nak buat ade lining sebab saya cadang nak pakai inner jer.


~ hasilnya, pun buat saya tersenyum kelat yang maha kelat. Lengan baju saya senteng. lengan inner yang saya pakai lebih panjang dari lengan baju kurung tu.dan yang paling geramnya cara dia jahit span pada baju. sangat tak kemas. sSpan tu terkeluar dari bahu *can u imagine the burukness*. hmmm….


the kain


lengan yang senteng. rasa mcm lengan inner tu dh senteng.
lengan baju kurung ni lebih senteng.

span yg dekat dengan leher terjongket.
dan lebih seinci span terlebih dari bahu

KAIN 3

baju yang ketiga ni yang paling buat saya meroyan *tapi hanya mampu meroyan dalam hati* saya paling suka kain ni sebab corak dan jenis kain dia. sejuk jer… baju ni lah yg paling excited saya nak cuba sebenarnya.


~ tapi…*kalau dah mula dengan tapi tu paham2 lah kan* rupa-rupanya kain kesayangan ni lah yang paling mengecewakan. baju dia senteng giler. mula2 macam pelik jugak. kalau nak kata dia salah ukur, apesal baju purple tu ok jer. ukur badan pulak tu. senteng dia bukan senteng yg boleh dimaafkan. yang boleh dikira kow tim tutup mata jer. ni senteng yg betul punya senteng okey! mula2 saya belek2 sambil buat2 pikir ape salahnya dengan kain ni? nak kate tak cukup kain, 4m saya beli *sepatutnya boleh ade lebih lagi sebab saya saiz xs utk baju kurung* pastu dah tak boleh blah, ckp jugak kat wawa suh tailor tu tambah kain lebihan baju saya utk bagi labuh sikit.


dan nak dijadikan cerita *mungkin jugak sebab tak sampai hati*, wa ckp pada saya sebenarnya tailor tu dah terbakarkan baju saya masa dia iron. diulangi...baju saya terbakar okey. adoi la! saya dengar dah takde perasaan dah time tu. serius takde emosi. dan sebab tu lah baju saya jadik senteng sebab dia bukak balik semua dan jahit semula guna kain lebih *kan betul ade kain lebih*. sebab tu lah jadik senteng. kira macam dah jadik baju kain perca lah ni. bila saya tanya kenapa dia tak cakap sendiri dengan saya? wa kata sebab akak tailor tu takut saya marah.


my kain kesayangan ;(

hmmm… memang kecewa sangat bila dah jadik macam ni. saya cerita pada en. tun. dia suruh saya mintak akak tailor tu gantikan kain yang baru. tapi saya sangat tak sampai hati nak cakap macam tu. bukan sebab kesiankan akak tailor tu. tapi sebab rumet saya, wawa. dia yang rekemenkan tailor tu sebab tailor tu wife kawan dia. saya tau wa pun rasa bersalah bila dah jadik camni. sudahnya, saya diamkan jer. saya cuma mintak wa hantar balik baju yang senteng tu kat tailor tu semula dan cantum lah kain bagi labuh. Tak dapat labuh banyak, sikit pun jadik lah…


ini memang pengajaran utk saya. serik sangat rasa. masa tanya, boleh…boleh…boleh…jer jawapan dia. boleh buat fesyen tu, boleh buat fesyen ni... tapi hasilnya, hmm…


saya sampai cakap pada abah saya, lepas ni nak masuk kelas jahitan. lengkali nak buat baju kurung sendiri!

Wednesday, November 4, 2009

phewww....

seharian menguruskan urusan utk pernikahan
memang memenatkan dan menguji emosi
tapi Alhamdulillah, terima kasih Allah

sayang...
thank you very2 much..
thank you for every thing *rasa nak nangis*

semoga apa yang kita rancang akan berjalan dengan lancar
semoga Allah memudahkan urusan kita bersama hari ini, esok dan selamanya
semoga kita akan sentiasa kenang dan ingat kesusahan dan dugaan yang datang di saat kita menguruskan urusan perkahwinan kita ni
dan bila nanti ada rasa marah dan sakit hati pada satu sama lain, ingatlah apa yang kita dah lalui hari ni dan 8 tahun lepas...

ingatlah segala kepayahan yang dah kita tempuhi bersama
namun kita masih bertahan dan tetap menyayangi satu sama lain sehingga saat ini

semoga kita akan terus bertahan dengan segala ujian yang datang selepas kahwin nanti
semoga kita akan terus sayang menyayangi dan kekal menyintai satu sama lain selagi hayat dikandung badan
semoga kita akan terus berjalan berpimpinan tangan walaupun masa tu kita sebenarnya tengah tunggu cucu kita bermain di taman

i love you with all my heart...

p/s: utk airul dan zam, thank you very much for being such a good friend. we owe u guys!
Tuesday, November 3, 2009

hari selasa yang tidak berjaya

tadi pagi pegi jawi. konon2 nak settlekan borang nikah...
sangat berkobar2 okey.
tapi dah agak dah, mesti ade jer yg tak kena dengan form yg diisi..tak lengkap!
huh!saba jer lah..hopefully en. tun ade ms lagi esok boleh pegi semula...

pastu singgah kejap pegi plaza gm...
dah banyak kali plan nak pegi sini. tapi mcm takde ape yg sesuai utk di jadikan souvenir
ingat nak cari uncang organza yg besar utk letak vip gift. memandangkan my bff, kilah ckp dia beli uncang yg besar (boleh muat sebijik mug) dengan harga 50 sen jer satu... *murah tak harga tu ke sama jer kalau beli kat nilai*

tapi hangin jer...
boleh pulak tengah syok pilih2, ade cina tu sound (tokey die ke pekerja die tatau la...)

"eh, amoi..u dtg lain kali la. saya tengah kemas lah!"

walawey...baru jer nak eksaited tengok ade banyak dompet dgn bekas lipstik comel2 dgn uncang yg sangat banyak pilihan... ter'berderau' kejap darah rasa...

dah tau yg kau nak kemas, jangan lah bukak kedai lagi nyonya oiii...haiishhh!!!

what now?

saya tengah dlm proses nak siapkan pomander ball
sume org tanya saya, nak letak mana pomander ball tu? saya jawab "ada lah..."

padahal taktau nak letak mana pun. hahaha...*over excited nak blaja buat crepe paper rose tu sbnrnye dulu*

saya rasa sangat kasihan dengan baju nikah saya...tiap2 mlm sebelum tido mesti nak cuba.. hari tu try posing atas lantai. pastu atas katil, nanti atas kusi pulak.hahaha... dah bape bijik manik yg gugur kebumi sebab terpijak kain dia. adeh! nak kena sorok baju ni agaknye...

saya pun dah mule letak what to do list..tepek kat almari depan katil. dengan harapan setiap kali bangun tido akan timbul perasaan gerun sebab banyak lagi yang lompong tidak di'tick'...



p/s: nanti kan saya nak cite psl kilah bengang dengan butik glamer kat kajang. internet tengah ngong sekarang...

bye...
Monday, November 2, 2009

new update

wahhh!!!
sangat lame tak tengok ini blog

sangat banyak nak taip tapi tibe2 takde idea.
rase sangat best sebab dah jadik warganegara kolumpo semula... *yahhhhoooooo!!!!*

hari jumaat malam sampai kl
sabtu pegi amek baju nikah. sangat sayang baju nikah saya... *silap2 hari bulan baju nikah lagi lawo dari baju sanding ;p*
lepas tu pegi lh. kad sudah confirm dan boleh print *yeay!finally setelah 7x edit. hehehe...*
baju batik utk hantaran en. tun pun dah dapat
ingat nak cari kasut utk nikah tapi sangat sakit hati bila kaki bersaiz cindelelah
tension rasa bila dah dapat kasut yang sangat berkenan, s.a dia ckp,

"sori lah kak, kasut ni saiz 4 tinggal yg kaler hitam jer" atau

"kasut ni saiz 4 dah habis lah kak" dan yg paling tak boleh blah *dan buat hatiku terguris*

"kasut ni paling kecik saiz 6"
nak yg mcm ni utk nikah...


walawey... apelah nasib ku. kalau banyak duit, mau ajer ditempah...
hmmm...ape lagi nak update eh?

haaa....langsir tengah dalam proses di siapkan
borang nikah pun en.tun dah settlekan, sekarang tinggal saya punye turn pulak... insyaAllah by this week settle...*hopefully*

cadangnya minggu depan nak pegi plaza gm nak carik barang utk org marhaban... tapi rs mcm nak pegi sendiri jer...*segan rasa bile emak en. tun ckp kat dia,"asyik keluar jer..." :(*