Wednesday, February 10, 2010

tiba2 terfikir untuk mengajar di sekolah pendidikan khas
sambil2 tu nak sambung pengajian saya dalam bidang sukan suaian atau pendidikan khas dan upgrade thesis saya masa first degree dulu
kemudian nak buat bisnes.
ish! best giler berangan nih...




mudah2an kecapaian

Monday, February 8, 2010

itune members

semalam saya dan en. suami pegi mv( midvalley). saje jer nak dating macam dulu2 lah kononnye. tengah jalan2 ada nampak satu booth ni. dia ade letak bunting pasal holiday packages. kitorang saje lah dok belek2. sebab memang murah lah kan package2 dia. ada dalam dan luar negera punya holiday packages. kitorang yang belum berkesempatan untuk hanimun lagi ni, ofkos lah teruja giler tengok pakej menarik macam tu. then, datang sorang budak ni. memang budak. baru habis spm kot. suwit jer muka. heee... sambil mengunyah dia explain pasal pakej2 tu. pakej memang menarik dan sangat affordable. tapi kena jadik ahli itune dulu baru dapat harga macam tu. so, smlm dorang buat promotion utk 150 org sahaja. bayar rm389, kita boleh terus dapat jadik ahli itune dan seumur hidup. kalau tak, 389/year. so, utk promotion 150 orang tu bayar 389 dan dapat jadik ahli seumur hiduo. *okey fine azian. dah dua kali kau ulang! ;)*

kitorang laki bini dah macam cacing kepanasan bila dengar. plus yang best lagi. bukan utk kitorang jer (1 kad 2 nama) kitorang jugak boleh bawak max 50 org masa nak pegi holiday tu. dapat harga yang sama macam kitorang dapat sebagai ahli. cumanya orang lain tidak dilindingi oleh payung insuran. kami yang ahli jer insurans cover. time tu dah terbayang nak gi holiday ajak family, ajak kawan2...best kan?! kalau yang rm689/ year, unlimited. boleh abawak seberapa ramai org. yang ni biasenye company2 yang amek utk buat family day atau ape2 lah aktiviti syarikat.

banyak lagi benefit yang dia terangkan. dan mula2 tu macam tak berapa faham. saya tanya promotion ni sampai bila? budak tu jawab, utk 150 orang jer kak. sekarang tinggal lagi 6 paperbag jer... oh yer! dalam paper bag tu, dia bagi segala mak nenek brochure dengan pamplet pasal negeri kat malaysia. dan every year dia akan hantar magazine ker ape tah pasal holiday promotion dorang dan t-shirt itune. kalau pegi holiday mana2, pakai tshirt tu dan kalau bertuah anda akan dispot. *sumpah taktau langsung pasal ni. tapi en.suami tau pulak* en. suami jugak sangat teruja. tiba2 jer terkeluar dari mulut dia "sebenarnya bi teringin nak pegi langkawi" eh? sebelum ni tak pernah cakap pun.

so, pas makan kitorang pikir2 okeylah... kitorang sign up as a member. masa en.suami nak bayar tu, saya tiba2 terpikir benda bukan2. betul ke ni? wujud ker syarikat ni? memang ade ke itune ni? saya ni memang peghak sikit bab2 bi. takut kalau kena tipu. nak dekat 400 hengget wey. sape tak takut :p. then en. suami cakap. pernah dengar tak nama itune hotel? alaa...kat simpang jalan yang dekat dgn maju junction tu ade satu *kalau cakap nama jalan, memang haram aku tak tau. kena cakap nama bangunan. heee...*. sekarang nak buat itune hotel dekat balik jugak. oooo...yang tu eh? hahaha...bodoh giler rasa. pas dah bayar tu, pi jalan2 jap. tapi dalam kepala otak mcm tak sabar nak balik. nak tgk website dia semua. benar2kah wujud?

bila dah balik, check website dia semua...okey ade. ade company.num semua siap. baru lega... sekarang tiba2 rasa tak sabar nak pegi holiday. heee.... tambah plak, masa sign up semalam budak tu kata as a member dapat percuma penginapan di mana2 destinasi pilihan 2 hari 1 malam setahun sekali. lagi lah teruja...

tapi kan, sebenarnye selagi saya belum guna segala keistimewaan yang dikatakan, saya takkan senang hati. hahaha...

pssttt...ade tak sape2 yang jadik ahli? any comment...?



Thursday, February 4, 2010

princess wannabe...



semalam balik keje sudah lewat. so en. suami kata tak payah lah masak. kita beli jer kat pasar malam. sekali sekala.. tapi amek ko! sekali sekala punya penangan. sampai 18 hengget beli makan. dah macam beli makan untuk 6 anak tunggu kat umah.

baiklah2... memang ini sebenarnye bukan topik utama. saya memang macam ni. suke karang ayat panjang dari awal cerita. heee....

orait! straight to the point, saya makan laksa... dahlah makcik tu sangat tak kedekut garam. *masin ya ampun kuahnye* tapi telan jugak lah kan... pastu kesan dari makan laksa tu, malamnya saya berdeheh berdehuh! tak tau camne nak describe perlakuan itu. tapi memang buruk giler ar...kalau kat umah mertua buat macam tu, mau mak keluar bilik bawak kayu.

simptom tu hanya akan berlaku kalau saya salah makan dan tekak saya gatal giler... saya suspek mesti ikan yang makcik tu guna ikan yang tah ape2... huh!

so, pagi tadi masa bangun tido kegatalan tekak itu masih juga berlaku. saya berdehuh-dehih lagi. suami pun bersuara. dia kata dari semalam lagi dia dengar bunyi tu... maka terjadilah perbualan ni,

suami: sakit tekak ke yang? dari semalam bi dengar bunyi tu?
isteri : gatal tekak. ni mesti sebab makan laksa semalam ni. ikan ape2 tah yang makcik ni guna
suami: eleh, ngade punye tekak
isteri: eh, memang lah. saya ni kan putri. mana boleh makan sebarangan ni. bi jer yang tak tau kebenaranya *mula carik pasal :p*
suami:*dia pun, mula tunjuk kepoyoan* haahlah, betullah. bi memang dah nampak dah. ciri2 putri tu memang ade. kuat merajuk, kuat emo, suka soping...
isteri: haaaa....*terus masuk langkah walaupun sumbang* tau takpe. so, mulai sekarang panggillah i putri okey...
suami : *buat muka tak puas hati*

yeeehhhhhaaaaa.....
puas hati! mulai semalam saya sudah jadik PUTRI. *declare sendiri. hehehe...* gerdik gile bahasakan diri putri kat suami. like, yang... hari ni putri nak masak kari lah. atau, kaki putri rasa lenguh giler hari ni!
wahahaha..... best2

okeylah, itu jer nak taip. yer,tau... gatal kan? sekali skale. tolonglah relakan ;p

p/s: tetibe feeling mcm fazura dalam gol dan gincu. putri azian. awwww!!!

Tuesday, February 2, 2010

wang atau hadiah?

okey, memang sangat lama tak mencoret kat sini... *boring lah kau ni azian!*
bila jauh dari komputer idea datang mencurah-curah. tapi bila dah depan komputer, hilang tah kemana pulak ideanya. magik betul.
mari kita mulakan apa yang nak saya perkatakan. tadi masa on the way nak pegi keje tiba2 terfikir pasal ni. duit atau hadiah?
sekarang ni hampir setiap bulan mesti ade jer majlis perkahwinan kan... bulan puasa jer kot yang takde. dan saya adalah salah sorang manusia yang suka pegi wedding orang ni. heee... majlis kawen adalah tempat yang paling membahagiakan sekali. semua orang ceria jer... semua gembira

persoalannya sekarang? mana yang lebih relevan bila kita pegi wedding ni.... bagi hadiah pada pengantin atau bagi duit. ape eh nama dia kalau orang bagi duit. salam ??? *serius tak tau nama dia. tapi saya yakin ade nama. kan?*

saya ingat lagi. dulu, masa saya kecik2 bila balik kampung untuk attend wedding sedara mara, saya akan tanya pada mak abah saya dorang beli hadiah ape? dorang akan jawab, dah beli dah.

"mak belikan kain pasang utk pengantin perempuan dan kain pelekat untuk pengantin lelaki"...

saya marah betul sebab bagi hadiah macam tu. lepas tu mak kata yang mak akan bagi duit pada makcik saya... saya betul2 tak faham time tu. kenapa perlu bagi duit? beli lah hadiah. periuk nasi ke, pinggan mangkuk ke, gelas cawan ke? dan mak akan jawab, kalau kita bagi duit... nanti dorang boleh beli sendiri apa keperluan dorang yang tak lengkap lagi. sangat tak puas hati. sehingga kan bila majlis bukak hadiah malam lepas bersanding tu, saya akan menyorok kononnya malu dengan hadiah dari keluarga saya *oh! sungguh naif aku di waktu itu. haih*

dan sekarang, semakin saya dewasa saya faham kenapa mereka memberi duit. yer, duit boleh digunakan oleh pasangan yang baru rumahtangga tadi untuk membina kehidupan mereka. dan mereka yang memberi hadiah juga tidak kurang menyumbang kepada kemudahan si pengantin baru. hey! best ape... masuk rumah baru sebagai pengantin baru, dapat pulak hadiah macam2 barang baru. ditambah lagi dengan duit hadiah dari tetamu boleh beli apa yang kurang. lepas tu dapat pulak 'orang baru'. oh memang heaven kan?! ;)

*ingatnye nak upload gambar hadiah masa kawen ;p. tapi internet ni mcm siput sedut yang pecah cengkerang pulak. nantilah...*

Saturday, January 30, 2010

movie review



baru balik dari tengok movie 'adnan sempit'! memang sempit rasa nyawa tergelak2. hahaha...
saya seorang manusia yang sangat lah tak suke masuk panggung wayang. serius! sebab saya rasa sangat bingit telinga dengan bunyinya. haih! *buat malu suami saja*

pernah sekali saya masuk panggung pertama kali bersama bekas boifren *sekarang sudah jadi suami*, saya tanya... "yang, boleh tak kalau suruh dorang slowkan sikit sound dia? bingitlah telinga dengar"

boifren pandang sambil buat muke takde perasaan dan saya yakin dalam hati dia berkata "datang dari planet mana lah girlfren aku nih?". heeee....

dan antara faktor lain yang buat saya tak suke tengok wayang juga adalah kerana saya berpendapat masa tengok wayang tak boleh 'pause' kejap kalau tiba2 rasa nak ke tandas ataupun kalau tekak rs haus tiba2... sebab tu saya lebih suke memilih untuk tengk vcd/dvd jer kat rumah. *pause lah kau bape kali pun nak pause*

okey back to the topic. pasal cite adnan sempit tadi. sebenarnye saya rasa cite dia jadi klaka sebab lawak yang selambe... dan broken english yang memang tak boleh blah. hahaha.... semua orang memang gelak pecah perut lah tadi. sampai ade satu scene tu sampai penonton siap tepuk tangan lagi. tapi tak ingat plak sebab ape.

dan ade satu family ni bawak anak dia. budak tu gelak kuat giler sampai satu tahap saya terpikir... " eh, ni memang gelak dalam cite ni ker atau budak belakang aku ni yang gelak?"

okeylah, kalau rasa stres dengan kerja yang menimbun, pegilah tengok movie ni. lupe kejap masalah... dan lagi, sokonglah barangan buatan malaysia ;P

Friday, January 29, 2010

kedah, saya nak datang!

2 minggu lagi one of my bestie (sue manis) akan menukar status dari tunangan kepada isterian en. fakri. yeay!... majlisnya seminggu kemudian. saya, en. suami dan kak chik adalah antara tetamu yang diwajibkan hadir :p. for record *poyo jer tulis camni. hehehe...* su adalah salah sorang dari orang kuat dalam majlis saya hari tu. sangat terhutang budi dengan su yang datang awal dengan mah. sedara mara pun tak buat macam tu...

so, saya dan kak chik *ofkos lah kitorang berdua yang terlebih excited kan* plan nak datang awal. yeay! kononnya sambil menyelam minum air. dah alang2 pegi kedah kan. sekali sekale pulak tu. nak kata setahun sekali pegi pun takde...kitorang ingat nak lah melancong-lancong ke sekitar kodah. atau mungkin perlis jugak boleh dijengah...

tapi puas kitorang pikir.

nak kemana eh?

kat mana tempat2 menarik yang boleh kitorang pegi sepanjang kat kedah nanti...

Thursday, January 28, 2010

'monkey love'

masa saya bersekolah rendah agama suatu ketika dulu, ade seorang pelajar lelaki yang sekelas dengan saya. dan tanpa saya sedari dia telah saya minati. semuanye ustaz sekolah agama punya pasal lah ni... ustaz hamidi. selalu kenenkan kitorang. konon2nya muke kitorang sama. tang mata katanya.

jejaka ini adalah seorang lelaki yang berumur 2 tahun lebih tua *kalau tak silap. tp yang pasti, dia memang lebih tua* dari saya. jadinya dia adalah seorang lelaki yang sangat matang dan cooooooool giles. dia hanya suke senyum dan...oh! malas lah nak cite ;)

kami tidak bercinta. saya jer yang syok sendiri. nama pun 'monkey love' kan? saya memang minat pada jejaka bermata besar ni. ingat lagi, rumah dia sangat dekat dengan sekolah rendah saya. tapi dia tak sekolah dengan saya sebab dia sekolah cina. saya sekolah kebangsaan. bila saya pegi sekolah, mesti saya akan terintai2 rumah dia. bak kata pepatah, tak dapat tengok tuannye... tengok maknye pun jadik lah. untung2 mak dia berkenan kat saya. pastu mak dia boleh suruh dia ngorat saya. betul eh..serius saya pikir camtu masa tu. hahaha...bodoh giler budak kecik ni ketika meminati si jejaka itu. sungguh innocent aku rasa.

bukan tu jer. sampai ke adik beradik dia pun saya selidik okey. jangan memain... kalau tak silap penyelidikan saya, dia ade dua adik perempuan. yang bongsu bernama fasha :p. time tu malu lah nak tanya sendiri dengan si jejaka pujaan hati. sebab kang nampak sangat lah pulak kite ni syok kat dia kan... time tu macam shy2 cat lah. pandang2, jeling2, senyum2 jer... ayu lah konon. memang indah. hari2 tak sabar nak pegi sekolah agama. biarlah hujan, ribut, petir, banjir sekali pun *saya pegi sekolah agama jalan kaki*. eh...tak kisah. sanggup pegi sekolah agama! demi nak jumpa dia...

sampailah ke satu ketika saya digegarkan dengan berita yang jejaka ni rupanya minat. ker bercinta terus tah, tak ingat *tengah emo time tu* dengan sorang kawan saya. namanya norazamiza. oh! hancur luluh hati kanak2 ku di kala itu. serius...sedey tak ingat. walaupun budak sekolah rendah kan... time tu saya nyanyi lagu ni dalam hati setiap hari tatkala terlihat wajah jejaka pujaan hati yang diambil kawan sendiri *tak ingat lah tajuk dengan penyanyi dia sape*

"jangan pisahkan, aku dan dia. tuhan tolonglah ku cinta dia. biarkan kami hidup bersama di dalam suka dan duka..."

memang frust menonggeng lah saya time tu. dan seingat saya, takde sorang pun kawan2 yang tau saya minatkan jejaka ni. sebab dorang hanya ingat gosip itu adalah rekaan seorang ustaz yang hanya nak menyakat pelajarnya. dan saya pun buat2 cool. hahaha...buat2 macam takde ape2 perasaan. tapi dalam hati macam nak gugur jantung kalau nampak dia.

walaupun mereka anggap itu adalah gurauan, tapi sebenarnya gurauan itu memberi kesan sehingga ke dalam hati. walaupun saya tau yang hanya saya minatkan dia. dia tak tau *tapi kadang2 saya rasa dia pun macam minat kat saya. hahaha...* bila habis jer sekolah agama dan sekolah rendah, terus dia hilang dari ingatan. tapi tak lah hilang sepenuhnya. setiap kali pegi rumah kawan yang tinggal dekat dengan rumah dia, mesti saya menjenguk juga. tapi saya yakin dia dan keluarga dah tiada. dah berpindah agaknya... saya hilang berita terus tentang dia. kawan saya si azamiza juga dah berumahtangga. tapi bukan dengannya... mungkin itu juga monkey love mereka.

dah terlalu lama kisah saya dan dia tersimpan dalam kenangan. sehinggalah semalam saya bermimpikan dia si jejaka pujaan hati ketika hingusan dulu. sori... takde adegan intimate dalam mimpi itu eh. tapi tahlah, kenapa tiba2 kau muncul di dalam mimpi setelah aku berkahwin nih? hehehe....

kepada EN. MOHD FARIZ BIN RAJOLI. walau dimana kamu berada saya mendoakan kebahagiaan kamu. saya pasti kamu telah beristeri dan berkeluarga :). saya juga... memang dulu saya sangat suka pada kamu. tapi hanya tersimpan rasa itu di dalam hati. kini saya telah bersuami dengan lelaki yang berjaya menawan jiwa dan sanubari. namun kamu tetap saya ingat sebagai lelaki pertama yang memberikan memori 'monkey love' yang takkan saya lupai ;)

sekian lah episod 'monkey love' pada kali ini... bye